Sabtu, 24 September 2011

kaki langit - 103.




mencari wajah mu disebalik sinar mentari, aku kelemasan dalam lamunan tak bertepi, entah bilakah panas ini kan berakhir, dan bilakah pula dingin ini berganti pergi. kekasih... hadirlah dikau dalam lena mimpi ku, aku rindu pada senyum tawa mu, aku rindu pada harum tubuh mu.

b.tan.
28.09.2011.
seri buntar.
2.30am.

Khamis, 22 September 2011

kaki langit - 102.





telah aku cuba mencari cinta Mu
dari ufuk timur ku jelajahi segala
dan dalam sinar senja
ku tatap wajah rindu Mu
buat bekal lena ku beradu.

telah ku cuba mencari cinta Mu
yang ku temui kata-kata janji
tentang hakikat sebuah kasih
yang selalu perlu diraih
meski dengan kata-kata rintih.

telah ku cuba mencari cinta Mu
di kaki langit
ku sujud bertafakur
dalam doa ku himpun harapan
dalam harapan aku pohon keampunan.

telah ku cuba mencari cinta Mu
dengan izin dari sisi Mu jua.


b.tan.
24.09.2011.
seri buntar.
3.33am.

Selasa, 20 September 2011

kaki langit - 101.



segaris sinar di kaki mu
sejuta harapan di hati ku
agar pedih ini
tidak terus ku rintih.

segaris sinar di kaki mu
moga kekal sepanjang hari
agar sedih ini
tak perlu ku tangisi.

segaris sinar di kaki mu
ada cahaya penyuluh jiwa
akan terungkai segala derita
mampu kau senyum pada kekanda.

b.tan.
22.09.2011
kerayong.
1.50am.