Isnin, 26 Mei 2014

kaki langit - 270.


























damainya ku rasa di sini
sedamai riak air di danau
sedamai rasa di kalbu ku
seolah sedamai
ku temui mu kembali di hentian itu.

damainya ku rasa di sini
melihat kau tersenyum di situ
dan melihat aku yang terpilu
setelah ku tahu derita mu.

damainya ku rasa di sini
sebuah kedamaian yang sukar di cari
disaat masa mengejar manusia.

damainya ku rasa di sini
seolah kau berada di sisi.

damainya ku rasa di sini.

b.tan.
23-26.05.2014.
kemayan.
12.48pm.


* memang aku rasa damai melihat gambar itu.
* pemandangan di sekitar kampung kuala dulang, kuala klawang.
* aku berhenti untuk melihat masjidnya yang bersejarah dan melepas lelah.
* tapi nun di tahun 2013 yang lalu.
* mungkin ini gambar yang terakhir rasanya untuk tahun 2013.
* terima kasih kerana kembali ke hentian itu bertemu aku...


Khamis, 22 Mei 2014

kaki langit - 269.


























melatalah mimpi kita di siang hari
setelah malam menamatkan resahnya
dan mentari bersinar mencari kasih
setelah rindunya tak kunjung padam.

b.tan.
22.02.2014.
kemayan.
11.05am.

* puisi buntak lagi...
* lapar.. belum makan..
* tak da mood nak makan..
* masih jua gambar lama... 

Rabu, 21 Mei 2014

kaki langit - 268.


























mengelamun di jendela hari
membawa hati menerawang di sebalik awan
bukan niat untuk mencari mu
tapi ia ketentuan Ilahi.

b.tan.
21.05.2014.
kemayan.
8.55am.

* buntak saja puisi aku hari ini...
* mungkin pasal perut aku lapar agaknya...
* tak pa sat lagi aku nak pi serang kantin...
* still foto tahun lalu punya...

Isnin, 19 Mei 2014

kaki langit - 267.



























i
sesungguhnya terlalu berat untuk ku lerai ikatan ini
ikatan yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun dulu
dan akhirnya tak ku lerai ia
biar saja ia tersimpul di lubuk hati
bersemadi di danau rindu.

ii
sesungguhnya terlalu berat untuk ku lerai ikatan ini
ikatan yang tersimpul rapuh setahun yang lalu
dan akhirnya kau memaksa aku meleraikan
dengan angkuh kau mencemuh
jasad aku yang sebegini.

iii
sesungguhnya terlalu berat untuk ku lerai ikatan ini
ikatan yang ku cipta sendiri
dalam naluri dalam mimpi
tanpa peduli apakan terjadi.

iv
sesungguhnya terlalu berat untuk ku lerai ikatan ini

v
sesungguhnya
terlalu 
berat
untuk
ku
lerai
ikatan 
ini

b.tan.
19.05.2014.
kemayan.
12.04pm.

* i- 'kau' di rangkap kedua tu bukan 'kita' ya... harap maklum.
*ii- insan lain...
*iii- maaf masih gambar tahun 2013.

Khamis, 15 Mei 2014

kaki langit - 266.


























saat hati dilanda sepi
terdampar di jalanan resah
tak terjangkau tangan untuk menahan
tak terhalang kaki melangkah pergi
hanya pandangan yang mengiringi
aku melepas lelah di sini.

b.tan.
15.05.2014.
kemayan.
12.52pm.

* namun aku masih seperti dulu jua...
* seperti yang kau kata...
* kita tetap sahabat dunia akhirat...
* jalan lenggeng-kuala klawang: 2013 yang lalu.

Rabu, 14 Mei 2014

kaki langit - 265.


























melakar mimpi membakar mentari
aku yang di sini masih di sini
mencari bayangan seribu erti
dalam kabus resah tak sudah.

setelah terpanah di rimba asmara
terlantar daku di halaman rindu
alam sepi diam membisu
tanpa rasa hangat membara.

bagaimana nak ku hurai
setiap saat yang bakal mendatang
mungkin kah aku terus mengintai
disebalik bayang wajah seorang.

jadi lah aku pengemis kasih
di setiap lorong menabur cinta
tak ku harap kau menjelma
telah ku pahat di sudut sukma.

bebaslah kau dari sangkar ku
yang berdebu penuh berliku
hela lah nafas segar mu
buat menghirup manisnya madu
sandarkan resah pada dia
setia menanti di pintu syurga.

b.tan.
14.05.2014.
kemayan.
02.00pm.

* segalanya memungkinkan...
* gambar lama lagi - jalan kuala klawang menuju lenggeng -2013.

Jumaat, 9 Mei 2014

kaki langit - 264.


di sini
hanya di sini
hanya aku sendiri
menadah hati
dipanah mentari.

di sini
hanya di sini
hanya aku sendiri
kurus kering
langsung tak teringin.

di sini
hanya di sini
hanya aku sendiri
memerhati dengan hati
melihat yang tersirat
disebalik yang tersurat.

di sini
hanya di sini
hanya aku sendiri
berdiri di kaki langit
tiada tempat 
untuk ku sembunyi diri.

di sini
 hanya di sini
hanya aku sendiri di sini.

b.tan.
09.05.2014.
kemayan.
10.29am.

* besok lagi sekali ke nilai.
* semoga selamat dalam perjalanan.
* orang lain... in sya Allah akan selamat juga hendakNya.
* Amin Ya Rabbal 'alamin. 
* gambar tahun 2013- berhenti dalam perjalanan nilai-kuala klawang yang lalu.


Selasa, 6 Mei 2014

kaki langit - 263.



bagaimana aku hendak memujuk hati
bagaimana harus aku dimengerti
bagaimana  aku harus berlari
bagaimana aku hendak berdiri
bagaimana aku yang seharusnya
bagaimana aku yang semestinya
bagaimana aku yang sewajarnya
bagaimana aku akan belajar
bagaimana aku tidak terkejar
bagaimana aku akan mengejar
bagaimana aku mahu mendengar
bagaimana aku akan sentiasa segar
bagaimana aku nak menggegar
bagaimana aku akan bergelar
bagaimana aku bagaimana
bagaimana dan bagaimana
lalu 
bagaimana akan bagaimana
dan
 bagaimana.

 bagaimana
dan
bagaimana.

bagaimana?

b.tan
06.05.2014
kemayan
12.15pm.

Isnin, 5 Mei 2014

kaki langit - 262.


























memendam emosi menutup berahi
kau mengayuh seumpama tiada lagi
aku yang terperi tidak berani memerhati
takut hanyut dalam bermimpi.

usahlah gusar engkau
aku tersedar sudah....

* sehingga ke baris ini, aku beberapa kali cuba menamatkannya... tapi tiada idea sehingga aku terpaksa menamatkannya begitu sahaja. tak kesah lah kan, bukan ada siapa pun yang nak marah. tapi aku belum menjawab satu persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat aku. tiba-tiba dia hilang entah ke mana di hentian itu. sekian, terima kasih. 
* aku tak boleh tulis panjang-panjang pasal ini bukan danau kalbu ku. kalau kat situ 1,000,000 patah perkataan pun tak pe.