Rabu, 17 November 2021

kaki langit - 327.

 




telah lama kehilangan suara 
tiada lagi kicauan mesra 
tiada lagi senyum manis yang menawan
yang ada hanya 
satu kenangan manis.

yang ada hanya kau dan aku
yang ada hanya irama dan lagu 
yang ada hanya cinta dan rindu.


b.tan
mengkuang
17.11.2021
11.12.am

* manis seribu kenangan...  

Isnin, 8 November 2021

kaki langit - 326



kehidupan berlari ke sana ke sini
kehidupan mencari erti realiti
kehidupan ini adalah mati
jika engkau masih bermimpi.

aku berlari mengejar kehidupan
yang berlari deras di arus ganas
aku berlari pantas 
mengejar kehidupan yang panas.


b.tan
08.11.2021
mengkuang
1.05pm

* kuala lumpur...