Isnin, 15 Disember 2014

kaki langit - 297.


























di sinilah ketikanya
ku bersandar pada alam
dan merenung lagi
merenung dalam diri
yang ku lihat diri mu
tersenyum pada ku
setelah ku temui
dikau lagi.

di sinilah ketikanya
ku melayan rindu ku
tak kala ia datang bertamu
bersama redup renung mata mu
dan terus ku gapai lembut
harum tubuh mu
dan terkapar aku 
dalam mimpi pilu.

di sinilah ketikanya
ku masih mencari
sekelumit rasa cinta
yang terbenam di lubuk hati mu
buat mengubat rindu hati ku.

di sinilah ketikanya
ku masih mengenang mu...

b.tan.
kemayan.
15.12.2014.
02.12pm.


* kita mungkin berbeza tapi sama rasa...
* senyum...

Jumaat, 5 Disember 2014

kaki langit - 296.



























pada detik pertemuan itu
tiada kata yang dapat ku ungkap
selain merenung sepi pada alam
dan bertanya lagi untuk apa aku ke mari
apakah sekadar menyapa mu di angin lalu
dan melambai longlai pada kenangan lalu
sedang di hati masih berbunga harapan
untuk berada disamping
dan memaut kukuh sebuah perasaan
yang telah lama ku pendam.

justeru di pertemuan ini
maafkan aku 
kerna sering membisu
tanpa bicara tanpa seloka
tapi hati tetap terpaut
pada dia bunga larangan
mekar segar di jambangan
dipagar erat kumbang kesayangan.

b.tan.
05.12.2014.
kemayan.
11.35am.

* maaf aku memang lupa pada tarikh itu...
* tapi..meski kelewatan ingin ku ucapkan selamat ulang perkahwinan yang ke 17...
* semoga kekal bahagia hingga ke syurga bersama keluarga tercinta...
* wassalam... daaa...  

Selasa, 2 Disember 2014

kaki langit - 295.


























aku duduk di sini memerhati
pada sibuknya kehidupan
hampir terlupa pada kematian
yang berada di setiap perjalanan.

aku duduk di sini memerhati
tidak tahu berapa lama lagi
yang pasti aku turut akan pergi
menunggu saat menghadap ILAHI.

b.tan.
02.12.2014.
kemayan.
12.33pm.

* al-fatihah buat anak ustaz samad dan ustazah suhaini yang meninggal dunia kerana kemalangan malam tadi.
* al-fatihah...