Isnin, 30 Disember 2024

kaki langit - 329

 


di dataran rindu ini
ku hamparkan rasa kasih ku
buatmu yang tersayang
semoga sejahtera di sana.

di dataran rindu ini
tersimpan parut cinta
yang terbekas dihati
disudut sanubari.

di dataran rindu ini
ku melangkah di kaki langit
buat mencari bayang semalam
yang kau tinggalkan
di bawa pergi 
hingga kini tiada ganti.

b.tan
mengkuang
30.12.2024

Ahad, 18 Ogos 2024

kaki langit - 328

 


dalam gema seruan suci

seorang aku bangun dari lena mimpi

meraba mencari nur kasih

dicelah kegelapan ngeri

setelah jauh hanyut 

dalam arus sebuah kehidupan.

dalam gema seruan suci

ada tangan yang melambai aku

memanggil aku sujud

di laman hati 

nurani abadi.

dalam gema seruan suci

bimbinglah aku, wahai Tuhan

di jalan kekasihMu aku berlari

berpaut pada cinta suci

kurnian Ilahi tersemat di hati.


b.tan

12.01.2023

mengkuang