Khamis, 22 September 2011

kaki langit - 102.





telah aku cuba mencari cinta Mu
dari ufuk timur ku jelajahi segala
dan dalam sinar senja
ku tatap wajah rindu Mu
buat bekal lena ku beradu.

telah ku cuba mencari cinta Mu
yang ku temui kata-kata janji
tentang hakikat sebuah kasih
yang selalu perlu diraih
meski dengan kata-kata rintih.

telah ku cuba mencari cinta Mu
di kaki langit
ku sujud bertafakur
dalam doa ku himpun harapan
dalam harapan aku pohon keampunan.

telah ku cuba mencari cinta Mu
dengan izin dari sisi Mu jua.


b.tan.
24.09.2011.
seri buntar.
3.33am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan