Khamis, 25 April 2013

kaki langit - 195.



























masih lagi ada 
deruan rindu 
dari sudut kalbu
cuma aku hanya mampu
berteleku dalam bisu
memerhati pada ombak 
yang tidak pernah jemu
bercumbu dengan waktu
akhirnya 
aku jua yang tersipu
pada butiran pepasir di pantai
yang setia menanti 
hadirnya ombak rindu
sedang aku tak mampu
untuk berlari 
mengejar menangkap bayang mu 
dalam deru angin nan lalu
di kaki langit Mu.

b.tan.
25.04.2013.
kemayan.
01.02pm. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan