Selasa, 9 Julai 2013

kaki langit - 208.



























menatap wajah mendung di kaki langit
seorang aku menanti gerimis yang bakal menitis
buat melakar impian pada hari yang menangis.

sekian lama terpamer merah cerah
kini gundah melanda parah
seorang aku terkapar di hamis lembah.

merenung dalam kelam
adalah suatu penasaran
setelah jiwa terhempas berkecaian.


b.tan.
09.07.2013.
kemayan.
09.05am.



* sajak pendek ini pun aku terpaksa ambil masa lima hari nak siapkan. mula menulis 4 julai lalu tapi terhenti pada frasa 'adalah suatu penasaran'. langsung aku kehilangan idea bagaimana nak menghabiskannya. tapi hari ini nekad untuk menamatkannya dan inilah hasilnya.
* sekian.... semoga terus tabah dan gagah harungi cabaran hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan