Rabu, 22 Januari 2014

kaki langit - 236.



























di cengkam di amuk resah
sebuah perasaan yang lara
mengulit diri dalam duri
terbakar derita dalam sengsara
aku mencuba jua kadar terdaya
kerana dosa yang ku bawa.

telah berkata sabda
syurga di bawah telapak kaki bonda
tapi aku hamba yang hina
sering terlalai terlupa jua
hanya menadah memohon maghfirah
dari Allah Yang Maha Pemurah.


b.tan.
22.01.2014.
kemayan.
1.12pm.


* jiwa kacau.... bonda oh bonda....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan