Khamis, 27 Februari 2014

kaki langit - 245.



























hanya sinaran diharapkan 
agar mendung berarak pergi
hujan dikandung bercucuran
pasti alam berseri lagi.

b.tan.
27.02.2014
kemayan.
11.02am.

* cuba pantun pulak kali ni...
*eh... hang kan ada email aku...gunakan lah
*pasal hang dah ubah email hang...
*gambar highway lpt 2012 yang lalu.
*kuantan ke temerloh.


Rabu, 26 Februari 2014

kaki langit - 244.


aku menatap langit lagi
melihat tanda-tanda kebesaran Mu
dalam perjalanan mencari diri
menebus durja yang petaka
entah kenapa tiba-tiba
aku rindu pada mu.

b.tan.
kemayan.
26.02.2014.
12.32pm.

*gambar lama 2012- masih lagi lebuhraya pantai timur.
*perjalanan dari kuantan ke temerloh.
*aku tak bersengketa pun... cuma lidah saja yang tergigit...
*ucaplah tiap-tiap hari aku suka sangat...betul aku ikhlas ni...
*aku tak perlu mencari mu kerana kau ada di hati ku selamanya...

Jumaat, 21 Februari 2014

kaki langit - 243.


























menumpang teduh di dada mu
di celah-celah bebayang rindu
aku menatap sepi pada ombak
setianya ia pada pantai
yang sering saja berubah
setiap kali dibelai mesra
oleh alun yang memutih buih
lalu bertanya aku pada diri
mana setia aku pada dia
pada selaut kasih yang mencurah
jua pada seribu pengorbanan nan setia
aku lagi bertanya pada diri
kenapa sering terjadi 
ada hati yang terluka
pada tutur kata aku yang tidak punya bisa.

bertanya pada hati 
di manakah hati aku tak kala kini?

b.tan.
21.2.2014.
kemayan.
11.25am.

* masih jua gambar lama 2012
   - pantai sepat, kuantan.




Selasa, 18 Februari 2014

kaki langit - 242.



























saat ku tiba di dada mu
laut tenang menjadi saksi
sebuah kehadiran pilu
memagut kenangan 
dan aku tersipu pada utusan
ternyata aku masih lagi 
ada kamu di kalbu ku.

terima kasih dari ku
buat mu sahabat.

b.tan.
18.02.2014.
kemayan.
12.57pm.

* terima kasih di atas ucapan ulang tahun kelahiran aku buat semua yang telah sudi mengucapkannya serta iringan doa. 
* aku pun turut mendoakan agar kalian semua berbahagia dan sejahtera bersama keluarga.
* nak kata tua... dah hampir tua pun... tapi hati rasa muda lagi... hahaha....
* lelaki..... lelaki.... biasalah orang lelaki.... 


Isnin, 17 Februari 2014

kaki langit - 241.



berteleku di kaki langit
dan menghadap dada laut
seumpama mengadu pada Yang Esa
akan kelemahan diri ini
untuk terus berlari dan mengejar 
seribu bayang-bayang yang kelabu.

b.tan.
17.02.2014.
kemayan.
12.55pm.

* 47 yang terlentang, mengiring, meniarap,
  merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan
  terjatuh lalu bangkit lagi dalam menuju hari muka.
* gambar tahun 2012 - pantai sepat, kuantan.

Jumaat, 14 Februari 2014

kaki langit - 240.


























di pinggiran rindu
ku menanti hadirnya pelangi senja
buat menghiasi malam ku
seperti aku sering tertunggu 
rembulan kan terbit siang
bagai kan hadir sebuah wajah
di pinggiran rindu ini lagi.

b.tan.
14.02.2014.
kemayan.
11.55am.

* masih lagi diperjalanan lebuhraya pantai timur.
* gambar tahun 2012 yang lalu.