Memaparkan catatan dengan label puisi rindu...tak kala sepi.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi rindu...tak kala sepi.... Papar semua catatan

Rabu, 29 Oktober 2014

kaki langit - 293.


di mana muara untuk ku sapa mu
setelah jemu ku menghilir lalu
dan dalam lemas di dasar mu
terkunci sekuntum rindu yang sayu.

tak tahu di mana muara mu
untuk ku berlabuh melepas rindu
jalan tak berhujung tiada bertepian
dan aku berkampung di persisiran.

aku melihat jauh di sana
muara mu damai terbentang
tak terdaya ku nak renang
hanya menanti hujan kan berhenti
agar bersinar lagi mentari
dan pelangi tersenyum seri.

mana muara untuk ku berlabuh
kerna cinta telah hanyut
dalam dasar ribut kasih
akhirnya aku yang merintih.

mana muara mu Kekasih...

b.tan.
29.10.2014.
kemayan.
01.33pm.

* akhirnya setelah pening mencari bahan untuk assingment...
* akhirnya tersiap jugak oleh aku sajak spontan lagi selamba ini...
* akhirnya assingment aku pulak yang tak siap lagi ini...
* akhirnya aku...
* berapa banyak akhir daaa...
* dan akhirnya aku lagi rindu... (hahaha)... 



Jumaat, 4 April 2014

kaki langit - 255.


























damai...
ku harap hati mu sedamai pelangi
yang bertakhta di awan biru
tak kala senja kian melambai 
pada mentari minta dipimpin ke peraduan
dan bertimpuh di sudut malam
meratib pada bulan
seperi aku yang sedang meratib
pada masa yang terlalu cepat berlalu
tidak sedar besok yang menanti.

damai..
sedamai pelabuhan hati yang sepi
setelah dua jiwa berpaling
dan pergi membawa hati sendiri
menanti entah bila
kan kembali bersatu lagi.

damai...
ku nanti mu di hentian ini. 

b.tan.
4.4.2014.
kemayan.
11.22am

* besok aku pun nak pergi lah...
* alaa....pergi usim je ....
* tapi kerja/assingment belum siap...
* bahan untuk present pun masih berterabur lagi...
* harap segalanya akan beres sebelum besok...
* tapi lepas sekolah ini nak pergi jemput budak latihan bolajaring kat temerloh...
* solat jumaat kat masjid pangsenam lagi lah jawabnya...
* oleh kerana besok nak pi usim... 
* gambar kali ini usim jugak lah...2013 yang lalu.

Rabu, 2 April 2014

kaki langit - 254.

masih lagi aku duduk menatap di senja ini
memerhati di kaki langit dan mencari pelangi
di celah puing-puing rindu yang bergema
menusuk di segenap ruang pawana
lalu melenakan aku terus hanyut
dalam syahdu lagu cinta lama.

b.tan.
02.04.2014.
kemayan.
12.20pm.


* semalam tu lagu lama...
* memang sedap sangat...
* lebih sedap dari segala pizza yang ada di alam buana ini...
* gambar baru... persekitaran usim...tapi tahun lepas punya...
* bulan 10 2013 yang lalu.





Selasa, 18 Februari 2014

kaki langit - 242.



























saat ku tiba di dada mu
laut tenang menjadi saksi
sebuah kehadiran pilu
memagut kenangan 
dan aku tersipu pada utusan
ternyata aku masih lagi 
ada kamu di kalbu ku.

terima kasih dari ku
buat mu sahabat.

b.tan.
18.02.2014.
kemayan.
12.57pm.

* terima kasih di atas ucapan ulang tahun kelahiran aku buat semua yang telah sudi mengucapkannya serta iringan doa. 
* aku pun turut mendoakan agar kalian semua berbahagia dan sejahtera bersama keluarga.
* nak kata tua... dah hampir tua pun... tapi hati rasa muda lagi... hahaha....
* lelaki..... lelaki.... biasalah orang lelaki.... 


Jumaat, 3 Mei 2013

kaki langit - 197.



























daku masih lagi dalam kembara 
memburu bebayang mu yang sering bertamu
tak kala aku sendiri menyepi
menanti rindu terubat pilu.

hadirlah....
hadirlah lagi rindu itu
hadir bersama penawar pilu
dalam sendu ku merayu
usah kau pergi menjauh lagi.

teman... sahabat... jua kekasih
usah menyisih 
sendu mu yang berlagu
rindu mu yang bertamu
ku nanti bersama jiwa ku yang sepi
semoga di kaki langit
bisa kita berbicara lagi.


b.tan.
03.05.2013.
kemayan.
10.02am.


























Khamis, 6 Disember 2012

kaki langit - 183.


duduk menunggu hadir rembulan, sedang mentari masih lagi berseri, namun di kaki langit yang sepi, 
aku membuka kembali, album rindu ku, yang terdampar di persisir senja dan menatap satu persatu
wajah kasih yang suci, terpahat padu di sudut kalbu.

b.tan.
06.12.2012.
kemayan.
12.20pm.

Khamis, 1 November 2012

kaki langit - 181.




di lembayung semalam
tenggelam sebuah rasa
setelah pelangi mengundur diri
dan aku hanya memerhati
pada jejak-jejak tetapak lama
yang tertinggal 
setelah hanya gerimis mengiringi
keberangkatan mu.


b.tan.
01.11.2012.
kemayan.
9.19am.









Selasa, 2 Oktober 2012

kaki langit - 176.



secebis rindu yang gugur semusim lalu
menghantar aku ke perjalanan sepi
buat mencari penawar luka seribu sendu
yang ku temui cuma
hanyalah jejak-jejak kedamaian
di sudut kaki langit
buat penghapus rindu yang terbuku.


b.tan.
02.10.2012.
kemayan.
11.58am.


Ahad, 10 Jun 2012

kaki langit - 149.



basah dada mu
disirami airmata alam
dan sendu yang berlagu
hanyut bersama aspal yang dingin
tenggelam dalam rintik-rintik
noda yang kelam
lalu segumpal rindu
dibungkus sepi di sudut hati
seorang aku 
yang lelah dalam perjalanan
mencari nur di kaki langit Mu.


b.tan.
10.06.2012.
seri buntar.
11.40am.

Rabu, 16 Mei 2012

kaki langit - 143.



ada aku yang masih menanti
dan meniti di jalanan ini
meski ia penuh berduri
namun aku pasti
 mentari kan tetap bersinar
menyinari hati
agar aku tabah tempuhi hidup ini.

kau yang pergi
ku iringi  dengan doa
semoga kehidupan mu
terus kekal dalam bahagia
menikmati kejayaan dalam perjuangan.


b.tan.
16.05.2012.
kemayan.
12.10pm.

Jumaat, 4 Mei 2012

kaki langit - 141.




untuk ke sekian kalinya
aku menatap ke kaki langit
dan membilang bilah-bilah hari 
yang berlalu tanpa mu
aku jemu dan cemburu
pada masa yang lalu
atau mungkin 
hanya aku yang dungu
kerna masih menanti
pada sebuah bayang-bayang
yang kembang mekar 
di jambangan terlarang.


b.tan.
04.05.2012.
kemayan.
9.20am.

Rabu, 2 Mei 2012

kaki langit - 139.


di lembayung semalam
masih lagi aku menanti hadir mu
di laman gersang ini.

di lembayung semalam 
terpinga aku mencari bayang mu
di sebalik kepulan awan yang kelam.

di lembayung semalam
alam ku rasa sepi dan sunyi
tanpa bicara dan kata dari bibir mu.

di lembayung semalam
ada aku yang kaku dan bisu
cuba meneka ke mana kau pergi.

di lembayung semalam
hanya doa ku kirim buat mu
agar di kau dalam sejahtera.


b.tan.
02.05.2012.
kemayan.
2.13pm.

di lembayung semalam

Jumaat, 6 April 2012

kakii langit - 135.




dalam kelam mega
ada aku yang mencari
segaris warna putih
buat penyeri sekeping hati.

dalam kelam mega 
ada aku yang tega
masih lagi memburu
sang rusa berbelang kaki..

dalam kelam mega
ada aku yang bermimpi
kau hadir di sisi
dan memberi aku sekeping hati.

dalam kelam mega
ada aku yang sendiri
tersandar sepi di jendela
kau hadir hanyalah ilusi.

dalam kelam mega
ada aku di kaki langit
memerhati kau yang pergi
dan aku terus begini.


b.tan.
06.04.2012.
kemayan.
10.50am.