Memaparkan catatan dengan label puisi sepi... di kaki langit.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi sepi... di kaki langit.. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Disember 2014

kaki langit - 296.



























pada detik pertemuan itu
tiada kata yang dapat ku ungkap
selain merenung sepi pada alam
dan bertanya lagi untuk apa aku ke mari
apakah sekadar menyapa mu di angin lalu
dan melambai longlai pada kenangan lalu
sedang di hati masih berbunga harapan
untuk berada disamping
dan memaut kukuh sebuah perasaan
yang telah lama ku pendam.

justeru di pertemuan ini
maafkan aku 
kerna sering membisu
tanpa bicara tanpa seloka
tapi hati tetap terpaut
pada dia bunga larangan
mekar segar di jambangan
dipagar erat kumbang kesayangan.

b.tan.
05.12.2014.
kemayan.
11.35am.

* maaf aku memang lupa pada tarikh itu...
* tapi..meski kelewatan ingin ku ucapkan selamat ulang perkahwinan yang ke 17...
* semoga kekal bahagia hingga ke syurga bersama keluarga tercinta...
* wassalam... daaa...  

Isnin, 7 April 2014

kaki langit - 256.



























ku memerhati di laman ini
pada mentari lagi
ku berjanji pada hati
untuk terus memerhati
seumpama aku 
terus mengumpul segenap tenaga
buat menongkah arus hidup
tapi mampu kah aku?

b.tan.
07.04.2014.
kemayan.
11.51am.

* aku dan aku lagi...
* gambar usim 2013 yang lalu. 

Jumaat, 28 Mac 2014

kaki langit - 250.


























berserah padanya
usah kau gundah
kita adalah hamba yang lemah
semoga diberi sedikit kudrah
untuk hadapi segala musibah.

aku berharap ku berdoa
semoga kau kan terus selamat
dalam ujian hidup dengan penuh berkat
sabar dan takwa tanpa kecewa.

hadapi hari mu dengan berani
usah berhenti dari meminta
semoga kita bisa bersua
meski di alam mimpi menjadi nyata.

b.tan.
28.3.2014.
kemayan.
12.28pm.

* aku hanya mampu berdoa dan berharap...
* tapi aku tau kau insan yg kuat...
* gambar lama lagi yea...

Khamis, 23 Januari 2014

kaki langit - 237.



mentari....
selamat dalam ke peraduan mu
mengisi diri dengan ilusi
andai ke temu ia di mimpi mu
sampaikan salam dari ku
salam insan yang penasaran
tersepit dalam rembulan yang menjerit.

b.tan.
22.01.2014.
kemayan.
01.21pm.



Rabu, 30 Oktober 2013

kaki langit - 231.



























di sudut mentari petang
tenggelam aku dalam cahaya Mu
mencari sedetik waktu
buat aku sujud berteleku
menahan pedih jiwa merintih
mengenang nasib dirantai badai
dosa silam yang belum padam
pada insan yang ditinggal
dan kini hanya memori 
yang menghiasi segenap hari
setiap detik waktu terluang
dan berharap Ilahi
masih lagi merestu
apa yang terbuku di kalbu ku.


b.tan.
30.10.2013.
kemayan.
9.42am.

* maniskah gula itu tanpa senyum mu...?




Jumaat, 28 Jun 2013

kaki langit - 205.



























terbungkam aku sendirian
menatap rona senja dalam diam
setelah kepulangan camar ke sarang
aku menjadi sepi di pelabuhan.

di senja ini
ku susuri jejak-jejak mu
buat menghirup manisnya masa lalu
semoga lena ku bertemankan rindu
pada detik indahnya berkasih.


b.tan.
28.06.2013.
kemayan.
9.35am.


* saat detik aku lapar mengejar waktu membereskan tugasan... namun rindu mu rindu ku jua.