Isnin, 26 Mei 2025

kaki langit - 334


 aku melangkah lagi di kaki langit ini
dalam kesamaran lembayung senja
mengatur langkah gontai
setelah rindu ku terkulai.
 
aku melangkah lagi 
mencari cinta semalam
dalam kekalutan jiwa terkapai
lemaslah kalbu seorang lelaki
tenggelam dalam senja yang kelam
kehibaan melanda
cintanya tidak sampai.
 
 
b.tan
sri buntar
26.5.2025
11.48pm 

 

Khamis, 22 Mei 2025

kaki langit - 333

 

 
 masih ada di kaki langit
wajah-wajah sepi yang sayu
menanti hadir yang dirindu
membawa cinta yang harum.
 
masihkah ada rindu
di kaki langit aku menunggu
sepoi bayu hadir 
membawa kau pada ku.
 
yang masih ada cuma
seorang aku menanti
hadirlah segala sukma
bawa rindu bukan sendu
bawakan aku sekuntum cinta
buat aku lena di peraduan sayu
tanpa kau tahu 
aku masih di situ
di kaki langit yang layu. 
 
 b.tan
sri buntar
22.5.2025
10.32pm

Ahad, 11 Mei 2025

kaki langit - 332

 


pada sebuah kedamaian hati

terpancar rasa jiwa redha

pada ketentuan Ilahi 

bahawa hidup ini hanya sementara

bak burung di angkasa

akan hinggap jua ke bumi

buat melepas lelah

setelah penat mencari cinta

begitu juga kita manusia

yang sering terleka di kaki langit

akan tiba jua masa nanti

kembali ke kampung abadi

dalam sedar atau tidak

kita tidak punya apa 

sebagai bekal ke sana.

 kepulangan adalah pasti

meski kita masih lagi 

bermimpi di kaki langit

mengharap cinta menjadi nyata.

 

b.tan 

 seri buntar

11.5.2025

1.57 pagi

 


Isnin, 5 Mei 2025

kaki langit - 331

 
 
dalam pencarian sebuah wajah
di puncak menara hati
aku terpaku menatap alam
hanya mata mampu berbicara
sedang lidah ku kelu
seribu bahasa.
 
dalam pencarian sebuah wajah
di kaki langit yang perit
aku mengerah rindu
pada maya 
di puncak menara kasih.
 
tiada sesalan di hati ku
andai alam sepi 
dan tiada lagi seraut wajah 
menanti aku 
di pintu rumah Mu, Ilahi.
 
b.tan
seri buntar
5.5.2025
11.50 malam