pada sebuah kedamaian hati
terpancar rasa jiwa redha
pada ketentuan Ilahi
bahawa hidup ini hanya sementara
bak burung di angkasa
akan hinggap jua ke bumi
buat melepas lelah
setelah penat mencari cinta
begitu juga kita manusia
yang sering terleka di kaki langit
akan tiba jua masa nanti
kembali ke kampung abadi
dalam sedar atau tidak
kita tidak punya apa
sebagai bekal ke sana.
kepulangan adalah pasti
meski kita masih lagi
bermimpi di kaki langit
mengharap cinta menjadi nyata.
b.tan
seri buntar
11.5.2025
1.57 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan