Memaparkan catatan dengan label sepi di kaki langit.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sepi di kaki langit.. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2014

kaki langit - 276.


























salam dari perkebunan rindu
buat kekasih alam yang setia
ke peraduan sepi menghias diri
yang bakal menjelma di alam misteri
saat ku buka pintu nurani ku
menyambut hadirnya alunan nestapa
luahan dari sang gemala sakti
yang lumpuh hatinya tersandung cinta
rebah terkulai layu tak bermaya
terkapar di ranjang mawar berduri
aku sendiri setia menanti.

b.tan.
08.07.2014.
kemayan. 
12.28pm.

Selasa, 6 Mei 2014

kaki langit - 263.



bagaimana aku hendak memujuk hati
bagaimana harus aku dimengerti
bagaimana  aku harus berlari
bagaimana aku hendak berdiri
bagaimana aku yang seharusnya
bagaimana aku yang semestinya
bagaimana aku yang sewajarnya
bagaimana aku akan belajar
bagaimana aku tidak terkejar
bagaimana aku akan mengejar
bagaimana aku mahu mendengar
bagaimana aku akan sentiasa segar
bagaimana aku nak menggegar
bagaimana aku akan bergelar
bagaimana aku bagaimana
bagaimana dan bagaimana
lalu 
bagaimana akan bagaimana
dan
 bagaimana.

 bagaimana
dan
bagaimana.

bagaimana?

b.tan
06.05.2014
kemayan
12.15pm.

Isnin, 21 Oktober 2013

kaki langit - 228.



























tewaskah aku dalam kemelut rindu ini
andai kau tak ku lupai
tewaskah aku dalam meniti hari
andai kau terus ku ingati
tewaskah aku di saat begini
andai kau terus ku nanti dalam sepi?

b.tan.
21.10.2013.
kemayan.
11.50am.

Khamis, 10 Oktober 2013

kaki langit - 227.



























saat-saat begini
adalah sebuah penantian 
dalam menghirup manisnya madu
dalam meresah harumnya bau
sejujur bicara tanpa suara
antara mata yang bertentangan
namun terhalang dek kesilauan
sebuah bingkisan hanya khayalan
lalu tenggelam lah dua jiwa 
menahan asmara yang bergelora.

b.tan.
10.10.2013
kemayan.
01.00pm. 

Rabu, 28 Ogos 2013

kaki langit - 222.


























seumpama
 melihat sebuah rindu yang gugur
aku memerhati ombak itu
yang masih lagi membelai pantai 
tanpa jemu saban waktu
sedang dalam kemelut sebuah emosi
ternyata kerdilnya diri ini 
untuk menongkah 
gelombang cinta yang datang
bersama seraut wajah nan sayu
yang ku simpan 
di sudut memori danau kalbu ku
setelah kaki langit sepi lagi.

seumpama aku
 yang melihat pantai itu sunyi
tak kala ditinggalkan sendirian 
terdampar di dada resah
sebak menahan sendu
menanti mentari lagi 
di malam ini
sedang aku masih bermimpi.

b.tan.
bera.
2013.

* sajak ini juga aku telah tulis di buku yang sama. tapi terhenti di frasa 'gelombang cinta yang datang.'
* semalam dan hari ini aku telah cuba menamatkannya, dan itulah hasilnya yang tidak seberapa. 
* harap maklum, wassalam...



Rabu, 24 Julai 2013

kaki langit - 216.



























bertandang ke teratak damai mu
ku temui jejak-jejak kisah silam
suka duka dalam perkenalan
namun kini hanya kenangan
jadi bekalan harungi kehidupan.

bertandang ke teratak mu yang damai
ku baca isi hati yang rawan
tenggelam dalam perasaan
sering tersendu dalam penantian.

bertandang ke teratak mu lagi
masih damai di hati ini
membaca sebuah emosi diri
tak kala kaki langit masih lagi sepi.


b.tan.
24.07.2013.
kemayan.
12.31am.