Khamis, 14 Julai 2011

kaki langit - 80.


belum lewat hadir mu mentari
untuk menyeri di laman ini
dan lemparkan senyummu
pada sekawan merpati
yang masih leka memagut rezeki.
hadirlah kau mentari
berseri lagi
dan padamkan
warna kelam di kaki langit
wajah suram di kamar terjepit.

b.tan.
14.07.2011
seri buntar.
12.50am.

Selasa, 28 Jun 2011

kaki langit - 80A.





tadi siang ku lewati lagi jalanan ini
buat melampias satu tugasan
meski berkejar antara masa dan tenaga
segalanya ku serah
pada Yang Esa.

b.tan.
17.01.2012.
seri buntar.
12.04am.

Isnin, 27 Jun 2011

kaki langit - 79





terkadang wajah duka wajah nestapa, wajah seribu yang rasa celaru, pamerkan rindu pamerkan sayu, pada maya ia mengadu. aduh... Tuhan ku, amatlah malu seorang aku, yang masih ragu pada warna ciptaan Mu, di kaki langit hati bergelora, bimbang alam terus kelam, dan aku hanyut dalam sebuah nostalgia semalam.


b.tan.
27.06.2011
kemayan.

Selasa, 10 Mei 2011

kaki langit - 78.




dalam mengejar pelangi, aku tersandong bayang-bayang sendiri, luka di kaki langit, berdarahnya di hati, dapat ku rasa pedih, namun hilang suara rintih. betapa pun aku berlari, dari hujung menuju hujung, buat mencari seri pelangi, tapi tak ku temui. mengejar pelangi, bagai mengejar kau yang pergi, bertakhta di hati, namun sukar dimiliki.


b.tan.
9.5.2011.
seri buntar.
2.30 am.

Sabtu, 7 Mei 2011

kaki langit - 77.



izinkan aku terus menyepi di kaki mu, usah kau gusar pada derita yang ku tanggung, dalam diam ku cuba mengubatinya, bersama cebisan memori yang kau tinggal dulu. di kaki mu, di puncak ini, sepi jua lebih memahami.


b.tan.
27.04.2011.
kemayan.

kaki langit - 76.



di senja semalam kau pergi bersama seri, dan meninggalkan kelam pada hari, namun sempat jua kau palit rona cinta di kaki langit, buat aku makin rindu pada sebuah pertemuan. Tuhan, izinkan ku terus menunggu ia hadir lagi di laman-Mu, buat aku menari lagi bersamanya.



b.tan.
07.05.2011.
kemayan.

kaki langit - 75.




pabila mentari menyepi dan pelangi menyembunyi diri, yang ada hanya mendung, buat mewarnai sebuah pementasan kehidupan. seorang aku dalam kembara di kaki mu, sering saja curiga pada lembayung kelabu, apakah kehadirannya dinanti atau dicurigai.


b.tan.
07.05.2011
kemayan.