Memaparkan catatan dengan label sajak resah di kaki langit.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sajak resah di kaki langit.... Papar semua catatan

Isnin, 24 Mac 2014

kaki langit - 249.



























aku terdiam seketika
dan merenung panjang 
pada nota yang kau catat
ada derita yang kau tanggung
ada sedih yang kau tampung.

aku simpati teman
hanya sekalung  doa kudus
ku himpun dalam pengharapan
agar dihapus segala
yang melanda jiwa.

tabahkan hati mu
kuatkan azam mu
cekalkan semangat mu
Allah bersama mu
pada-Nya berharap
pada-Nya meminta
pada-Nya memohon
agar kau kembali sembuh.

teman
di kejauhan ini
apa lah daya kita
hanya Yang Esa
sebagai penawar
sebagai penyembuh
sebagai penolong
ke atas kita.

teman
ku berharap dan berdoa
agar kau cepat sembuh.

b.tan.
24.03.2014.
kemayan.
1.54pm.

* puisi doa buat teman tersayang.
* gambar lama lagi.




Selasa, 28 Januari 2014

kaki langit - 238.




tiba-tiba setiap pandangan menjadi kelam
dan yang terdampar di sudut mata ku
adalah sekujur kaku seorang aku
yang ternanar dalam gelora jiwa resahnya
mencari detik titik kasih ibunda.

tiada bicara dalam pertemuan demi pertemuan
hanya mata yang berkaca berbicara sepi
menyambut kedatangan dan kepergian
tanpa tahu apa isi hati nurani.

alangkah lemah diri ku
dalam langkah setiap langkah
meski hati bercucuran hiba
menatap gemalai wajah tercinta.

b.tan.
28.01.2014.
kemayan.
1.48pm.





Jumaat, 4 Mei 2012

kaki langit - 141.




untuk ke sekian kalinya
aku menatap ke kaki langit
dan membilang bilah-bilah hari 
yang berlalu tanpa mu
aku jemu dan cemburu
pada masa yang lalu
atau mungkin 
hanya aku yang dungu
kerna masih menanti
pada sebuah bayang-bayang
yang kembang mekar 
di jambangan terlarang.


b.tan.
04.05.2012.
kemayan.
9.20am.

Rabu, 2 Mei 2012

kaki langit - 139.


di lembayung semalam
masih lagi aku menanti hadir mu
di laman gersang ini.

di lembayung semalam 
terpinga aku mencari bayang mu
di sebalik kepulan awan yang kelam.

di lembayung semalam
alam ku rasa sepi dan sunyi
tanpa bicara dan kata dari bibir mu.

di lembayung semalam
ada aku yang kaku dan bisu
cuba meneka ke mana kau pergi.

di lembayung semalam
hanya doa ku kirim buat mu
agar di kau dalam sejahtera.


b.tan.
02.05.2012.
kemayan.
2.13pm.

di lembayung semalam

Isnin, 5 Mac 2012

kaki langit - 132.



berarak berlalu mendung kelabu
meninggalkan aku yang masih lagi pilu
dalam aku memujuk hati
dan bertanya
ke manakah arah
untuk ku atur langkah
meski jalan terbentang luas
namun destinasi tetap berliku
dalam menuju hari muka
kita mesti bersabar.

b.tan.
06.03.2012.
kemayan.
11.30am.

Ahad, 4 Mac 2012

kaki langit - 130.


kelmarin lagi aku di sini
melihat mereka datang dan pergi
namun tiada siapa yang peduli
apa tah lagi yang sudi
menghulur secebis simpati
buat aku merawat luka di hati.


b.tan.
05.03.2012.
kemayan.
1.05pm.


Khamis, 1 Mac 2012

kaki langit - 128.



sekeping solusi terbaring di jalanan
dalam sangkar rimba terhidang haruman
sedangkan malam masih lena beradu
sementara siang aku masih di buru.
ingin saja aku menjerit sekadar mampu
dan melepaskan sekeping solusi
biar sekadar secebis catatan basi
bahawa aku masih lagi di sini
menanti apa kah kamu akan berani
mampir dan berdendang sayang
konon sekeping solusi tiada erti.
nanti lah kau pada jalanan nanti
akan ku bentang sekeping solusi
buat tatapan hati yang sudi
sementara detik masih lagi ada
buat kau mencari solusi diri mu sendiri.
solusi...
di kaki langit masih lagi
terhampar sejuta rona bisu
tak mengerti tuntutan Ilahi
dari mana sumber sekeping mimpi
jika solusinya kita sendiri yang kotori.


b.tan.
01.03.2012
seri buntar.

Ahad, 18 Disember 2011

kaki langit - 118.


terbentang meluas
di jajaran permai
dan di bawah sinar pagi
sayu hatinya menatap
sekujur tubuh kaku
bertemankan gelita
di dasar derita.

dalam kelemasan hidup
hanya sekadar
termampu menghirup
madu yang beracun
dan akhirnya
aku
di sini terlantar sepi
di kaki langit
aku
menafsir mimpi.


b.tan.
17.01.2012.
seri buntar.
11.15pm.

Khamis, 6 Oktober 2011

kaki langit - 105.






masih lagi kita di jalanan hidup
buat menuju kaki langit
dan mencari sirna cerah
setelah semalam kau berduka
pada perpisahan yang tak kau pinta.

ah...
kenapa saja kita yang menjadi mangsa
pada pertemuan yang tak dirancang
sesungguhnya aku mahu kamu ngerti
hidup ini seribu janji
indah atau musnah
kita jua pengukirnya
dari sisi izin Ilahi.

b.tan.
8-9 oktober 2011.
seri buntar.
4.30am.




Selasa, 20 September 2011

kaki langit - 101.



segaris sinar di kaki mu
sejuta harapan di hati ku
agar pedih ini
tidak terus ku rintih.

segaris sinar di kaki mu
moga kekal sepanjang hari
agar sedih ini
tak perlu ku tangisi.

segaris sinar di kaki mu
ada cahaya penyuluh jiwa
akan terungkai segala derita
mampu kau senyum pada kekanda.

b.tan.
22.09.2011
kerayong.
1.50am.



Isnin, 8 Ogos 2011

kaki langit - 92.



di tepian danau
di kaki mu ini
menanti hadir sebuah irama
tersimpul daku dalam rindu
dan menungan yang panjang ini
makin larut dalam bayangan
seraut wajah yang pernah terjelma
kini di mana entah berada.


b.tan.
03.08.2011.
kemayan.
11.10am.


Rabu, 3 Ogos 2011

kaki langit - 89.




masih adakah
ruang kesempatan
untuk kita tiba di sempadan
buat membeza
mana kaca mana intan
sedangkan kita
masih tersesat di jalanan
dan meracau
pada sesaknya kehidupan
sedang di kaki langit
sering kita lupa pada tuhan.


b.tan
03.08.2011.
kemayan.

Isnin, 27 Jun 2011

kaki langit - 79





terkadang wajah duka wajah nestapa, wajah seribu yang rasa celaru, pamerkan rindu pamerkan sayu, pada maya ia mengadu. aduh... Tuhan ku, amatlah malu seorang aku, yang masih ragu pada warna ciptaan Mu, di kaki langit hati bergelora, bimbang alam terus kelam, dan aku hanyut dalam sebuah nostalgia semalam.


b.tan.
27.06.2011
kemayan.

Selasa, 10 Mei 2011

kaki langit - 78.




dalam mengejar pelangi, aku tersandong bayang-bayang sendiri, luka di kaki langit, berdarahnya di hati, dapat ku rasa pedih, namun hilang suara rintih. betapa pun aku berlari, dari hujung menuju hujung, buat mencari seri pelangi, tapi tak ku temui. mengejar pelangi, bagai mengejar kau yang pergi, bertakhta di hati, namun sukar dimiliki.


b.tan.
9.5.2011.
seri buntar.
2.30 am.

Sabtu, 7 Mei 2011

kaki langit - 77.



izinkan aku terus menyepi di kaki mu, usah kau gusar pada derita yang ku tanggung, dalam diam ku cuba mengubatinya, bersama cebisan memori yang kau tinggal dulu. di kaki mu, di puncak ini, sepi jua lebih memahami.


b.tan.
27.04.2011.
kemayan.

Jumaat, 22 April 2011

kaki langit- 71.



tak terucap kata, tak terungkap bahasa, yang ada hanya rasa simpati buat diri sendiri. dalam kelam dalam tenggelam, ku hayun sebuah nostalgia, ku lontar sebuah kenangan, agar di kaki mu kan ku temui sinar. walau payah walau rebah, di kaki mu aku berserah.


b.tan.
27.04.2011.
kemayan.

Isnin, 18 April 2011

kaki langit- 70.




sayu dan pilu...pabila ku tatap mendung kelabu, yang terpamir di wajah mu. dan angin yang menderu bagai ngerti...sebak di dada ini penuh gelora...namun atas nama kehidupan... redholah bersama harapan...jika sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkalan. sedarlah, hidup ini ujian Tuhan, di kaki mu...izin ku berjalan... dan di kaki mu... aku akan tenggelam....


b.tan.
18.04.2011
(selepas mesyuarat kmk)
kemayan.