Isnin, 28 Januari 2013

kaki langit - 187.



masihkah kelam jiwa mu
dan sakit hati mu
kerna salam tak bersambut
dan mimpi hanya di hujung rumput.

di sinar petang
aku kembali mengintai mu
di sebalik warna alam
tak ku tahu 
apakah masih kau di situ
atau telah berlalu
bersama rasa yg terbuku.

namun
esok masih ada mentari pagi
yang bisa kita tatap lagi 
dan menyanyi lagu cinta kita
yang lama terpendam di kaki langit hitam.

b.tan.
28.01.2013.
kemayan.
3.07pm.


* aku kembali mengetuk kekunci buat mencari erti...
* tak lah...mula beraksi... seperti yang di janji..


kaki langit - 186.



  

mengadap ke langit
dan memandang pada gemawan hitam
aku terfikir
apakah mungkin hujan kan turun lagi
dan membasahi bumi
atau hanya sekadar warna yang menghiasi
dan terlalai seorang aku
pada ujian Yang Khaliq.


b.tan.
28.01.2013.
kemayan.
2.31pm.



* gambar kaki langit di sekitar kawasan masjid kampung dato' seri hamzah, kemayan.
* semoga dengan ini akan kembali aku aktif meng'update' blog yang tak seberapa ini.
* sekian.

kaki langit - 185.


saat keberangkatan mentari meninggalkan siang
aku berdiri di persimpangan mencari arah 
di manakah satu tujuan pasti buat aku terus berlari.


b.tan.
16.12.2012.
seri buntar.
12.44pm.



* gambar di persimpangan bandar seri jempol.
* masih buntu mencari kalimah pertama untuk assignment.

Ahad, 16 Disember 2012

kaki langit - 184.




kelam malam dan sepi pun mengamit memori lalu dalam hening pagi tak kala aku mencari destinasi sebuah mimpi agar menjadi satu realiti dalam diri ini.

sebuah perjalanan yang meletihkan, aku kebingungan antara pasti dan ngeri dan menghidu harumnya madu, secangkir rindu tertinggal di sudut nubari.

mengapakah perlu ada keluhan itu setelah segala terserah pasrah dalam mengenal seteguk kasih di alam misteri yang sunyi.

kini aku dan seorang aku meniti hari di jalanan berduri berbekal rindu yang tertahan berbekal kasih yang tak kesampaian.

sekian... wassalam.

b.tan.
16.12.2012.
seri buntar.
10.22am.



* gambar kat sebuah taman  perumahan di segamat.
* dalam mencari idea nak buat /siapkan assignment, terlahirlah sajak dari aku buat seorang aku.




Khamis, 6 Disember 2012

kaki langit - 183.


duduk menunggu hadir rembulan, sedang mentari masih lagi berseri, namun di kaki langit yang sepi, 
aku membuka kembali, album rindu ku, yang terdampar di persisir senja dan menatap satu persatu
wajah kasih yang suci, terpahat padu di sudut kalbu.

b.tan.
06.12.2012.
kemayan.
12.20pm.

Isnin, 5 November 2012

kaki langit - 182.




Hadirmu di kaki langit

Ku nanti setiap detik

Hadirmu di kaki langit
Semangatku meninggi tidak sedikit...

Hadirmu di kaki langit
Harapanku tambah membukit

Hadirmu di kaki langit
Senyum tawaku jadi berjangkit..

Tapi bilamana....

Pergimu dari kaki langit
Nafasku semakin sempit

Pergimu dari kaki langit
Terguris luka yang amat perit..

Pergimu dari kaki langit
Meninggalkan tangis dan juga sakit....



* sajak diatas bukanlah hasil tulisan aku. tetapi hasil nukilan kawan, sahabat, teman juga mungkin.....   
  (peminat kot) ..... heheheh. tak habis-habis dengan perasannya tu.

* memang aku dah lama tak update 'kaki langit' ni. kalau update pun, jarang-jarang pasal aku dah kehabisan stok gambar kerana di'makan' oleh virus dalam pc kat meja kerani.

* sekarang ni aku tengah mengumpul dan memaparkannya setakat mana yang ada dahulu.

* sekian dimaklumkan.

Khamis, 1 November 2012

kaki langit - 181.




di lembayung semalam
tenggelam sebuah rasa
setelah pelangi mengundur diri
dan aku hanya memerhati
pada jejak-jejak tetapak lama
yang tertinggal 
setelah hanya gerimis mengiringi
keberangkatan mu.


b.tan.
01.11.2012.
kemayan.
9.19am.