Khamis, 21 Julai 2011

kaki langit - 83.



betapa kedukaan lalu
tetap menghantui hidup
dan kegagalan memiliki sebuah cinta
bukanlah penamat sebuah riwayat
namun terkadang
gelora datang jua melanda.

tuhan...
dalam sembah sujud ku pada-Mu
ku rintihkan pilu pada dosa lalu
agar di hari mendatang
kau hadirkan sinar
dalam perjalanan di kaki langit
buat menyonsong cinta Mu
yang bertebaran di muka segala.


b.tan.
21.7.2011.
kemayan.
10.40am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan