Khamis, 21 Julai 2011

kaki langit - 85.



hiruk pikuk di kaki langit
jerit pekik terdengar di dada langit
suara garau suara parau
menghentam ke setiap gegendang
bunyi bising bunyi bingit
melantun ke langit
dan berderai di aspal
mengalir darahnya di lowongan hanyir.
di tengah kekalutan kota ini
masih ada lagi insan yang mencari
di mana jalan pulangnya
di mana kah arah untuk sujud
dan pintu manakah yang bakal terbuka.
di sini
di kaki langit
masih ada yang mengharap
pada sinar warna cerah
buat penyuluh di malam kelam.


b.tan.
26.07.2011.
kemayan.
1.35 pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan