Khamis, 17 Mei 2012

kaki langit - 144.



di lubuk perdu mu 
tersimpan aku
mengalirkan rindu
yang terbuku 
di ufuk kalbu.

tercetus sayu
meletus sendu
igauan buntu
bertalu memburu.

dalam tersipu
aku tahu
niat mu satu
memujuk pilu
di kaki langit
yang tinggal aku.


b.tan.
17.05.2012
kemayan.
12.50pm.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan