ombak laut dan angin pantai
adalah nyanyian sepi seorang aku
dalam meniti alun gelombang kehidupan
penuh ranjau berduri.
di sini aku
hanya mampu memerhati
camar putih terbang lagi
tinggi dan terus hilang
dalam kabus gelombang gemawan.
kini aku bersama ombak laut
menanti angin pantai menyanyi lagi
bersama camar putih
agar kekal bertakhta di hati
dan pelangi terus berseri
menyinari kaki langit
meski ia sekadar ilusi.
b.tan.
21.05.2012.
kemayan.
*sajak ini aku mula tulis tahun 2011 yang lalu, tapi hanya rangkap yang pertama saja dalam buku catatan harian jpn pahang tahun 2010. tapi semalam ketika mesyuarat kmk, aku menyelak helaian demi helaian untuk menghilangkan boring, terjumpalah kata-kata puitis(perasan) yang tergantung berjuntaian di halaman 27 disember 2010 bersamaan hari isnin. aku pun cubalah menyambung hingga selesai berdasarkan situasi dan emosi semasa. jadi, kat atas itu lah hasilnya. sekian, harap dimaklumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan