Isnin, 11 Jun 2012

kaki langit - 150.




masih terlalu jauh perjalanan ini
sedang bekalan ku
makin menipis
buat mencari secebis bahagia
dalam mengharung hidup
yang berliku.

masih terlalu jauh perjalanan ini
sedang aku sering terlena
di hentian waktu yang cemburu
buat aku sering resah
bimbang rebah di kaki langit Mu.


b.tan.
11.06.2012.
seri buntar.
12.05.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan