Khamis, 5 Julai 2012

kaki langit - 156.




berterbangan puing rindu
dalam mencari destinasi kasih
meski jauh perjalanan hati
namun bertakhta di dasar nubari.

biarlah puing itu terus berterbangan
ku rela ia begitu
kerana ingatan aku tetap kukuh 
pada seraut wajah sepi
yang pernah menghiasi hidup ini.


pada rindu yang terkadang begitu menderu
ku sambut ia setulus hati
teman bicara di kala begini
di kala aku tak lena lagi.


rindu dan kasih
pilu nan merintih
biar pedih biar sedih
ku tanggung jua
kasih mu kekasih
di kaki langit
ku renung potret.


b.tan.
05.07.2012.
bilik 111,
asrama btpn terengganu,
marang.
2.50am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan