Rabu, 19 September 2012

kaki langit - 174.




semakin jauh aku cuba meninggalkan matahari
semakin terasa hangatnya gelora
dan semakin aku cuba melarikan diri
terasa ia kian menghampiri.

akhirnya aku yang datang menyerah
pasrah pada sinarannya
meski aku kan terbakar kepanasan
meski aku kan lebur segala jasad.

matahari
tanpa mu siangkan kegelapan
malamkan berpanjangan
dan aku akan tidor 
dalam lena yang panjang
sambil mengukir mimpi di kaki langit
bahawa kau ada disisi menemani.


b.tan.
18.09.2012
kemayan-seri buntar.
12.02am





Tiada ulasan:

Catat Ulasan