Selasa, 10 Mei 2011

kaki langit - 78.




dalam mengejar pelangi, aku tersandong bayang-bayang sendiri, luka di kaki langit, berdarahnya di hati, dapat ku rasa pedih, namun hilang suara rintih. betapa pun aku berlari, dari hujung menuju hujung, buat mencari seri pelangi, tapi tak ku temui. mengejar pelangi, bagai mengejar kau yang pergi, bertakhta di hati, namun sukar dimiliki.


b.tan.
9.5.2011.
seri buntar.
2.30 am.

Sabtu, 7 Mei 2011

kaki langit - 77.



izinkan aku terus menyepi di kaki mu, usah kau gusar pada derita yang ku tanggung, dalam diam ku cuba mengubatinya, bersama cebisan memori yang kau tinggal dulu. di kaki mu, di puncak ini, sepi jua lebih memahami.


b.tan.
27.04.2011.
kemayan.

kaki langit - 76.



di senja semalam kau pergi bersama seri, dan meninggalkan kelam pada hari, namun sempat jua kau palit rona cinta di kaki langit, buat aku makin rindu pada sebuah pertemuan. Tuhan, izinkan ku terus menunggu ia hadir lagi di laman-Mu, buat aku menari lagi bersamanya.



b.tan.
07.05.2011.
kemayan.

kaki langit - 75.




pabila mentari menyepi dan pelangi menyembunyi diri, yang ada hanya mendung, buat mewarnai sebuah pementasan kehidupan. seorang aku dalam kembara di kaki mu, sering saja curiga pada lembayung kelabu, apakah kehadirannya dinanti atau dicurigai.


b.tan.
07.05.2011
kemayan.

Jumaat, 29 April 2011

kaki langit - 74.







usah kau berduka pada maya, usah kau pamer rasa resah, usah kau gundah pada hujan yang kan tumpah, hadir ia bersama rahmah, hadir ia bersama barokah, dalam titis-titis yang bercucuran, terhimpun kasih dari Yang Khalik.

b.tan.
29.04.2011.
kemayan.

kaki langit - 73.




tak kala ku termanggu, sering saja kau bisa memayungi dengan setia, pada sebuah kehidupan ini. di kaki langit... dalam sujud penuh syukur, ku atur puing-puing rindu buat menyata sebuah cinta, hak milik Yang Hakiki.


b.tan.
6.5.2011
kemayan.

Sabtu, 23 April 2011

kaki langit - 72.









ku lihat gelombang beralun di kakimu... dan berlari menuju ke muka pintu... buat mencari siapa yang sudi berkongsi derita... buat mencari penawar seksa... buat menghurai kusut di dada. di kaki mu tersimpul derita gelombang... yang tertahan di laman mentari... Tuhan dalam derita gelombang ini...dan dalam aku kelelahan... terbitlah gelombang rindu pada Yang Satu...


b.tan.
24.04.2011.
seri buntar.