Rabu, 3 Ogos 2011

kaki langit - 90.




suara gema kalimah toyyibah
mengalun dalam siponggang
dan bertaburan permata-Nya
di laman-laman hati setiap insan.
sayang...
suara itu hanya
memecah sunyi memecah sepi
dan seorang aku masih lagi lahap
di hadapan juadah
tanpa menghirau
pada sejadah yang telah kusam
dan menanti untuk aku sujud.
di kaki langit
seorang aku hampir tersepit
antara cinta dunia dan cinta Khaliq.


b.tan.
05.08.2011.
kemayan-seri buntar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan