Selasa, 23 Ogos 2011

kaki langit - 98.




di manakah lagi arah
untuk kita mujahadah
dalam mencari sinar mawaddah
agar sentiasa dalam sa'adah.

usahlah gundah
mau pun melatah
walau kerenah mendatang resah.

pandanglah mudah
meski pun susah
kerna hidup tak selalu indah.

bukalah wajah
dengan rasa cerah
insyaAllah
pasti kita kan selalu mewah.

ingatlah
hidup ini berubah-ubah
jangan kita terus rebah
perlu sentiasa mujahadah
agar sentiasa dalam sa'adah
hidup ini dalam sa'adah
mati jua dalam sa'adah
di alam barzakh
kekal sa'adah.


b.tan.
24.08.2011.
kemayan.
9.47am.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan