Selasa, 23 Ogos 2011

kaki langit - 99.




di sebalik mendung kelabu
ada sekelumit mimpi indah
mengintai dari jendela alam
memerhati pada diri
tentang hakikat bahawa
kehidupan ini
masih lagi bergelora
antara realiti dan fantasi
antara sejarah berdarah
dan noda dosa ummah
kita tenggelam dalam arus
isu yang dipolitik dan dipolemikkan.


b.tan.
14.09.2011
kemayan.
9.46am


Tiada ulasan:

Catat Ulasan