Jumaat, 7 Mac 2014

kaki langit - 246.


























entah bila aku pun tak pasti
mengejar masa yang pantas berlari
aku tersandung kaki sendiri
dan tersungkur di kaki hari.

entah bila aku pun tak pasti
duduk menghadap cermin diri
terpandang dosa dalam hati
aku menangis pada Mu Ilahi.

entah bila aku pun tak pasti
sedang enak menjilat jari
terasa pahit yang telah basi
aku terlantar di kamar sepi.

entah bila aku pun tak pasti
maut hadir datang menghampiri
tiada tempat untuk ku sembunyi
hanya berserah pada Ilahi lagi. 

b.tan
7.3.2014.
kemayan.
10.20am.


* merenung dalam diri...
* esok nak ke kelas lagi...
* gambar lpt 2012 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan