oleh kerana aku sibuk
dan besok pun aku sibuk
bila-bila pun aku sibuk
tak tahu bila aku tak sibuk
masa tidur pun aku sibuk
apa tah lagi waktu aku tengah sibuk
saja-saja pun aku sibuk
nak bagi tahu besok 20 mac aku sibuk
tapi aku nak menyebok
besok aku nak ucap
selamat hari lahir pada orang yang tak sibuk
kenapa aku ucap hari ini
pasal aku sibuk
besok lagi sibuk
selamat ulang tahun kelahiran
telah 41 tahun dikau sibuk
tapi tak sibuk macam aku yang sibuk.
ahhh....
ada-ada saja yang sibuk
tapi aku yang sibuk
suka menyebok
nak bukak facebook
dah tak boleh
pasal masing-masing sibuk
sibuk nak block facebook
broadband aku dah terok
pasal aku yang sibuk
tak bayar bill aku yang sibuk
tak dapat bukak facebook aku yang terok.
selamat ulang tahun kelahiran buat mu sayang...
aku ucap awal pasal besok aku sibuk
tapi ingatan aku tak sibuk
pasal aku lelaki sejati
jangan muntah
karang aku jadi sibuk
buk... buk... buk...
aku yang suka menyebok!!!
b.tan.
19.03.2014
kemayan.
2.30pm.
* puisi sibuk yang sebok saja kali ini... ini lah saja yang termampu aku sibukkan diri aku yang dah tengah sebok. semoga dikau gembira di hari lahir mu yang tak sibuk dan mendapat rahmat dan nikmat dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selamat di dunia dan di akhirat, dikurniakan rezeki yang banyak dan kesihatan yang berpanjangan disamping kebahagian bersama keluarga yang tercinta berkekalan sepanjang hayat diizin Tuhan... Amin Ya Robbal A'lamiin....
* tapi... maafkan aku yang sibuk dan sebok ini kerana masih lagi gambar lama....gambar tahun 2012 yang lalu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan