Selasa, 22 Mei 2012

kaki langit - 145.



ombak laut dan angin pantai
adalah nyanyian sepi seorang aku 
dalam meniti alun gelombang kehidupan
penuh ranjau berduri.

di sini aku 
hanya mampu memerhati
camar putih terbang lagi
tinggi dan terus hilang
dalam kabus gelombang gemawan.

kini aku bersama ombak laut
menanti angin pantai menyanyi lagi
bersama camar putih
agar kekal bertakhta di hati
dan pelangi terus berseri
menyinari kaki langit
meski ia sekadar ilusi.

b.tan.
21.05.2012.
kemayan.




*sajak ini aku mula tulis tahun 2011 yang lalu, tapi hanya  rangkap yang pertama saja dalam buku catatan harian jpn pahang tahun 2010. tapi semalam ketika mesyuarat kmk, aku menyelak helaian demi helaian untuk menghilangkan boring, terjumpalah kata-kata puitis(perasan) yang tergantung berjuntaian di halaman 27 disember 2010 bersamaan hari isnin. aku pun cubalah menyambung hingga selesai berdasarkan situasi dan emosi semasa. jadi, kat atas itu lah hasilnya. sekian, harap dimaklumi.



Khamis, 17 Mei 2012

kaki langit - 144.



di lubuk perdu mu 
tersimpan aku
mengalirkan rindu
yang terbuku 
di ufuk kalbu.

tercetus sayu
meletus sendu
igauan buntu
bertalu memburu.

dalam tersipu
aku tahu
niat mu satu
memujuk pilu
di kaki langit
yang tinggal aku.


b.tan.
17.05.2012
kemayan.
12.50pm.





Rabu, 16 Mei 2012

kaki langit - 143.



ada aku yang masih menanti
dan meniti di jalanan ini
meski ia penuh berduri
namun aku pasti
 mentari kan tetap bersinar
menyinari hati
agar aku tabah tempuhi hidup ini.

kau yang pergi
ku iringi  dengan doa
semoga kehidupan mu
terus kekal dalam bahagia
menikmati kejayaan dalam perjuangan.


b.tan.
16.05.2012.
kemayan.
12.10pm.

kaki langit- 142.


teman
seumpama sebuah mimpi kau hadir
bersama teka-teki
dan memberi aku sebuah misteri.

teman
hadir mu dulu
ku sambut dengan senyuman
bicara mu mendamaikan
tawa mu ku rasa nyaman.

tapi teman
 ku tahu jiwa mu
meski merintih penuh pedih
namun sering mekar bersama tangis
dan aku sering menanti
hadir mu lagi bersama seri pelangi.

teman
kan ku jejaki kaki langit
mencari damai yang kau bawa pergi
semoga di lena ku nanti
kau hadir bagai bidadari
dan aku tak lagi sepi.


b.tan.
16.05.2012.
kemayan.
8.30-11.15 am.

Jumaat, 4 Mei 2012

kaki langit - 141.




untuk ke sekian kalinya
aku menatap ke kaki langit
dan membilang bilah-bilah hari 
yang berlalu tanpa mu
aku jemu dan cemburu
pada masa yang lalu
atau mungkin 
hanya aku yang dungu
kerna masih menanti
pada sebuah bayang-bayang
yang kembang mekar 
di jambangan terlarang.


b.tan.
04.05.2012.
kemayan.
9.20am.

Khamis, 3 Mei 2012

kaki langit - 140.





Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...


*karam- zabarjad.
-terkadang lagu ini mengingatkan aku pada seseorang...

Rabu, 2 Mei 2012

kaki langit - 139.


di lembayung semalam
masih lagi aku menanti hadir mu
di laman gersang ini.

di lembayung semalam 
terpinga aku mencari bayang mu
di sebalik kepulan awan yang kelam.

di lembayung semalam
alam ku rasa sepi dan sunyi
tanpa bicara dan kata dari bibir mu.

di lembayung semalam
ada aku yang kaku dan bisu
cuba meneka ke mana kau pergi.

di lembayung semalam
hanya doa ku kirim buat mu
agar di kau dalam sejahtera.


b.tan.
02.05.2012.
kemayan.
2.13pm.

di lembayung semalam