kehidupan... biar timur mau pun barat, walau utara malah selatan, di kaki langit... kita merenung jauh ke hadapan, di kaki langit... kita junjung titah tuhan, di kaki langit... jangan kita berbau hangit...
Selasa, 28 Januari 2014
Khamis, 23 Januari 2014
kaki langit - 237.
Rabu, 22 Januari 2014
kaki langit - 236.
di cengkam di amuk resah
sebuah perasaan yang lara
mengulit diri dalam duri
terbakar derita dalam sengsara
aku mencuba jua kadar terdaya
kerana dosa yang ku bawa.
telah berkata sabda
syurga di bawah telapak kaki bonda
tapi aku hamba yang hina
sering terlalai terlupa jua
hanya menadah memohon maghfirah
dari Allah Yang Maha Pemurah.
b.tan.
22.01.2014.
kemayan.
1.12pm.
sebuah perasaan yang lara
mengulit diri dalam duri
terbakar derita dalam sengsara
aku mencuba jua kadar terdaya
kerana dosa yang ku bawa.
telah berkata sabda
syurga di bawah telapak kaki bonda
tapi aku hamba yang hina
sering terlalai terlupa jua
hanya menadah memohon maghfirah
dari Allah Yang Maha Pemurah.
b.tan.
22.01.2014.
kemayan.
1.12pm.
* jiwa kacau.... bonda oh bonda....
Isnin, 20 Januari 2014
kaki langit - 239.
Berarak
awan nan kelabu
Seakan
ku di gamit rindu
Membawa
kenangan semalam
Sewaktu
bersamamu
Terasa
indahnya dunia
Sewaktu
ku dilamun cinta
Penuh
dengan pujuk dan rayu
Membuat ku terlena
Bila
rindu kusebut namamu
Bila
resah menyapa didada
Bila
rindu kusebut namamu
Bila
resah menyapa didada
Kemanakah
hati ini kan kubawa
Kau
ku nanti di hujung mimpi
Dan
bertemu di dalam hayalan
Kau
ku nanti di hujung mimpi
Dan
bertemu di dalam khayalan
Kuselitkan
sekuntum mawar merah
di rambutmu.
* lagu lagi.... tak sempat nak cari ilham yang muluk-muluk...
* tajuk lagu ini 'terlena'... jarang kedengaran kecuali macam biasa lah kat sinar fm....
Langgan:
Catatan (Atom)