Ahad, 16 Disember 2012

kaki langit - 184.




kelam malam dan sepi pun mengamit memori lalu dalam hening pagi tak kala aku mencari destinasi sebuah mimpi agar menjadi satu realiti dalam diri ini.

sebuah perjalanan yang meletihkan, aku kebingungan antara pasti dan ngeri dan menghidu harumnya madu, secangkir rindu tertinggal di sudut nubari.

mengapakah perlu ada keluhan itu setelah segala terserah pasrah dalam mengenal seteguk kasih di alam misteri yang sunyi.

kini aku dan seorang aku meniti hari di jalanan berduri berbekal rindu yang tertahan berbekal kasih yang tak kesampaian.

sekian... wassalam.

b.tan.
16.12.2012.
seri buntar.
10.22am.



* gambar kat sebuah taman  perumahan di segamat.
* dalam mencari idea nak buat /siapkan assignment, terlahirlah sajak dari aku buat seorang aku.




Khamis, 6 Disember 2012

kaki langit - 183.


duduk menunggu hadir rembulan, sedang mentari masih lagi berseri, namun di kaki langit yang sepi, 
aku membuka kembali, album rindu ku, yang terdampar di persisir senja dan menatap satu persatu
wajah kasih yang suci, terpahat padu di sudut kalbu.

b.tan.
06.12.2012.
kemayan.
12.20pm.