Rabu, 29 Oktober 2014

kaki langit - 293.


di mana muara untuk ku sapa mu
setelah jemu ku menghilir lalu
dan dalam lemas di dasar mu
terkunci sekuntum rindu yang sayu.

tak tahu di mana muara mu
untuk ku berlabuh melepas rindu
jalan tak berhujung tiada bertepian
dan aku berkampung di persisiran.

aku melihat jauh di sana
muara mu damai terbentang
tak terdaya ku nak renang
hanya menanti hujan kan berhenti
agar bersinar lagi mentari
dan pelangi tersenyum seri.

mana muara untuk ku berlabuh
kerna cinta telah hanyut
dalam dasar ribut kasih
akhirnya aku yang merintih.

mana muara mu Kekasih...

b.tan.
29.10.2014.
kemayan.
01.33pm.

* akhirnya setelah pening mencari bahan untuk assingment...
* akhirnya tersiap jugak oleh aku sajak spontan lagi selamba ini...
* akhirnya assingment aku pulak yang tak siap lagi ini...
* akhirnya aku...
* berapa banyak akhir daaa...
* dan akhirnya aku lagi rindu... (hahaha)... 



Jumaat, 17 Oktober 2014

kaki langit - 292.


























terpanar hati dek sinar mentari
yang meratah diri dalam rindu
tersenyumlah purnama sebagai saksi
kasih berpadu di puncak cemara
di atas nur rahmat Yang Maha Esa.

Kekasih
Engkau sirami aku dalam rimbun syahdu
tika saat aku buntu 
mencari jawapan pada persoalan
sekelumit cinta yang tertinggal
setelah aku terkapar resah rumah-Mu.

b.tan.
29.09.2014.
kemayan.
12.35pm.

* sajak bulan lalu(september)...
* terkenang Mu...

Rabu, 15 Oktober 2014

kaki langit - 291.


























sebelum alam terhenti
aku pun menangisi diri sendiri
tak sanggup melihat
jasad-jasad kaku tanpa pusara
di lembah sepi bermimpi ngeri.

sebelum alam terhenti
aku pun bertanya lagi
di manakah mereka menadah hati
setelah ikrar dimungkiri
ungkitan demi ungkitan
hanya memjerat diri
dan terkapar segala
menanti alam terhenti beraksi.

b.tan.
18-21.08.2014.
kemayan.

* satu lagi sajak yang aku catat semasa mesyuarat guru.
* dua kali mesyuarat baru siap...
* dan baru hari ini aku dapat muatkan ia di kaki langit...
* sekian...

Jumaat, 3 Oktober 2014

kaki langit - 290.



























seiras selaut kasihnya tumpah,
tiada apa lagi yang dapat diharap
hanyalah menadah memohon restu
 dari Mu Ilahi
agar sentosa damai sejahtera
hidup di laman saujana abadi.

b.tan.
14.08.2014.
kemayan.

* catatan lama yang aku buat 
  ketika mesyuarat exco kat bilik gerakan.
* jadi gambar pun yang lama jugak lah...

Rabu, 1 Oktober 2014

kaki langit - 289.



alam seakan berdendang
dan menyanyi lagu riang
tak kala purnama meleret kuntuman
pada mentari senja
dan berangkatlah pulang sang camar 
ke puncak rindu di hujung mimpinya
setelah puas mencari bayangnya 
yang tertinggal semusim lalu
dipanah gelora nestapa cinta.

b.tan.
01.10.2014.
kemayan.
08.22am.

* gambar tahun 2012 di kampung batu satu,
   temerloh di hadapan masjid ubudiah.