Rabu, 28 Ogos 2013

kaki langit - 222.


























seumpama
 melihat sebuah rindu yang gugur
aku memerhati ombak itu
yang masih lagi membelai pantai 
tanpa jemu saban waktu
sedang dalam kemelut sebuah emosi
ternyata kerdilnya diri ini 
untuk menongkah 
gelombang cinta yang datang
bersama seraut wajah nan sayu
yang ku simpan 
di sudut memori danau kalbu ku
setelah kaki langit sepi lagi.

seumpama aku
 yang melihat pantai itu sunyi
tak kala ditinggalkan sendirian 
terdampar di dada resah
sebak menahan sendu
menanti mentari lagi 
di malam ini
sedang aku masih bermimpi.

b.tan.
bera.
2013.

* sajak ini juga aku telah tulis di buku yang sama. tapi terhenti di frasa 'gelombang cinta yang datang.'
* semalam dan hari ini aku telah cuba menamatkannya, dan itulah hasilnya yang tidak seberapa. 
* harap maklum, wassalam...



Selasa, 27 Ogos 2013

kaki langit - 221.



























ombak laut dan angin pantai
adalah nyanyian sepi seorang aku
dalam meniti alun gelombang kehidupan
penuh ranjau berduri.

berdiri aku
hanya mampu memerhati
camar putih terbang lagi
tinggi dan terus melangit
dalam kabus gelombang gemawan.

kini aku bersama ombak laut
menanti angin pantai menyanyi lagi 
bersama camar putih 
agar kekal bertakhta di hati
dan pelangi terus berseri
 menyinari kaki langit
meski ia sekadar ilusi.

b.tan.
21.5.2012.

* sajak ini dah lama aku tulis. cuma ia hanya tercatat dalam buku nota/diari jpn pahang tahun 2010.
* oleh kerana aku nak melupuskan buku tersebut, adalah lebih baik aku simpan ia di kaki langit ini.
   boleh jugak dibaca mereka yang berkunjung ke sini. sekian dimaklumkan.

Isnin, 26 Ogos 2013

kaki langit - 220.



























Kerana Dia Aku Menangis
Tanggalkan Sisa Kewarasan Ku
Rela Melepaskan Kemudi Di Tangan
Di Kala Ribut Gelora Datang Mendera Sang Kera

Kerana Dia Aku Menangis
Padamkan Gaya Dan Perasaan
Sanggup Memutuskan Pertalian Diri
Kepada Selain Dia Yang Ku Damba

Ku Tenggelam Dalam Rindu
Tidak Berdasar Dan Bertepi
Ku Terdampar Dalam Sendu
Tidak Bernoktah Dan Berhuruf
Ku Terkorban Dalam Cinta
Tak Beralasan Dari Lembar
Satu Lagi Tak Terjanjikan
Ranjang Mawar Yang Ku Mimpi

Kerana Dia Aku Menangis
Padamkan Gaya Dan Perasaan
Sanggup Memutuskan Pertalian Diri
Kepada Selain Dia Yang Ku Damba

Ku Tenggelam Dalam Rindu
Tidak Berdasar Dan Bertepi
Ku Terdampar Dalam Sendu
Tidak Bernoktah Dan Berhuruf
Ku Terkorban Dalam Cinta
Tak Beralasan Dari Lembar
Satu Lagi Tak Terjanjikan
Ranjang Mawar Yang Ku Mimpi
Ku Mimpikan
Yang Ku Mimpi

lagu ini pertama kali aku dengar semasa memandu nak ke usim, nilai melalui jalan senawang yang banyak 'traffic light'. ketika itu aku masih lagi dalam semester satu. sambil mengharungi laluan tersebut sempat aku terdengar dan terus mengamati lirik lagunya yang puitis. lagu ini jarang dan payah nak dengar selalu, kecuali sinar fm saja yang sudi menyiarkannya. maklumlah lagu ini bukan merdu sangat pun dia punya melodi, cuma aku saja yang sorang-sorang suka pasal ia bagai menceritakan apa yang aku alami selama ini.  seingat aku baru dua kali aku mendengarnya, semuanya di sinar fm. apa pun aku tak pernah cuba lari, cuma menyendiri untuk menyiapkan tugasan sendiri. maaf, jika ada yang terasa dengan 'hilang naluri', kerana aku telah lama merasainya. justeru aku menyepikan diri dan tidak sanggup untuk terus diselubungi rasa bersalah meski aku sering mengimpikan ranjang mawar bersamamu. 



Sabtu, 24 Ogos 2013

kaki langit - 219.



























di atas nama kehidupan
sering saja kita meninggalkan
debu-debu yang bakal menjadi daki
pada tubuh mereka yang di belakang
tanpa kita menoleh menghulur sapa
atau sekuntum mawar yang tersenyum
sebagai bekal pengubat rindu
setelah dua jiwa berjauhan di perjalanan.

di atas nama kehidupan
sering saja kita menaburkan benih-benih
buat kelangsungan sebuah lagi kehidupan.


b.tan.
24.08.2013.
kemayan.
01.06pm.



Rabu, 21 Ogos 2013

kaki langit - 218.



























hidup ini perlumbaan 
di pentas aspal memacu nafsu
menderu memburu
mengejar masa yang cemburu
tanpa kita menoleh lagi
pada sapaan jua gamitan
dari sekitar hembusan nafas.


b.tan.
21.08.2013.
kemayan.
01.10pm.


* mulih awal aku hari ini... pasal perut tak berapa sihat.(memulas)...


Selasa, 13 Ogos 2013

kaki langit - 217.



























masih lagi samar di kaki langit itu
tak kala kembara ini bermula
mencari nur kalimah-Mu
di sepanjang ramadhan yang hadir
dan di setiap malam yang sunyi
sering aku cuba menadah
di mana rahmat Mu
dan di mana keampunan Mu.

Tuhan...
dalam sujud ramadhan ini
masih lagi aku mengharap
agar nur Mu
bercahaya di semesta alam ini
buat aku hamba yang alpa.

Tuhan...
dalam doa kudus ini
sampaikan rahmah maghfirah dan pembebasan
buat dia yang pernah aku kecewakan.
amiin...


b.tan.
31 julai-13 ogos 2013.
kemayan.


* sajak yang tak sempat disiapkan sebelum berakhir ramadhan.