Isnin, 15 Disember 2014

kaki langit - 297.


























di sinilah ketikanya
ku bersandar pada alam
dan merenung lagi
merenung dalam diri
yang ku lihat diri mu
tersenyum pada ku
setelah ku temui
dikau lagi.

di sinilah ketikanya
ku melayan rindu ku
tak kala ia datang bertamu
bersama redup renung mata mu
dan terus ku gapai lembut
harum tubuh mu
dan terkapar aku 
dalam mimpi pilu.

di sinilah ketikanya
ku masih mencari
sekelumit rasa cinta
yang terbenam di lubuk hati mu
buat mengubat rindu hati ku.

di sinilah ketikanya
ku masih mengenang mu...

b.tan.
kemayan.
15.12.2014.
02.12pm.


* kita mungkin berbeza tapi sama rasa...
* senyum...

Jumaat, 5 Disember 2014

kaki langit - 296.



























pada detik pertemuan itu
tiada kata yang dapat ku ungkap
selain merenung sepi pada alam
dan bertanya lagi untuk apa aku ke mari
apakah sekadar menyapa mu di angin lalu
dan melambai longlai pada kenangan lalu
sedang di hati masih berbunga harapan
untuk berada disamping
dan memaut kukuh sebuah perasaan
yang telah lama ku pendam.

justeru di pertemuan ini
maafkan aku 
kerna sering membisu
tanpa bicara tanpa seloka
tapi hati tetap terpaut
pada dia bunga larangan
mekar segar di jambangan
dipagar erat kumbang kesayangan.

b.tan.
05.12.2014.
kemayan.
11.35am.

* maaf aku memang lupa pada tarikh itu...
* tapi..meski kelewatan ingin ku ucapkan selamat ulang perkahwinan yang ke 17...
* semoga kekal bahagia hingga ke syurga bersama keluarga tercinta...
* wassalam... daaa...  

Selasa, 2 Disember 2014

kaki langit - 295.


























aku duduk di sini memerhati
pada sibuknya kehidupan
hampir terlupa pada kematian
yang berada di setiap perjalanan.

aku duduk di sini memerhati
tidak tahu berapa lama lagi
yang pasti aku turut akan pergi
menunggu saat menghadap ILAHI.

b.tan.
02.12.2014.
kemayan.
12.33pm.

* al-fatihah buat anak ustaz samad dan ustazah suhaini yang meninggal dunia kerana kemalangan malam tadi.
* al-fatihah...

Sabtu, 8 November 2014

kaki langit - 294.



























aku berlabuh lagi di dermaga rindu
menanti hujan gerimis menipis
dalam sayu angin bertemu
entah kenapa aku pilu.

buat sekian kali
ku tatap wajah itu
dalam sendu ada lagu
untuk ku dendang di angin lalu.

terima kasih kekasih
andai hadir bawa penawar
aku terhiris luka di hati
kau penyembuh kiriman ILAHI.

b.tan.
08.11.2014.
kemayan.
02.55pm.

* kerja banyak melambak...
* entah kenapa aku jalan-jalan di danau...
* terpandang seorang AKU...
* aku tau itu kamu...
* terima kasih kekasih...

Rabu, 29 Oktober 2014

kaki langit - 293.


di mana muara untuk ku sapa mu
setelah jemu ku menghilir lalu
dan dalam lemas di dasar mu
terkunci sekuntum rindu yang sayu.

tak tahu di mana muara mu
untuk ku berlabuh melepas rindu
jalan tak berhujung tiada bertepian
dan aku berkampung di persisiran.

aku melihat jauh di sana
muara mu damai terbentang
tak terdaya ku nak renang
hanya menanti hujan kan berhenti
agar bersinar lagi mentari
dan pelangi tersenyum seri.

mana muara untuk ku berlabuh
kerna cinta telah hanyut
dalam dasar ribut kasih
akhirnya aku yang merintih.

mana muara mu Kekasih...

b.tan.
29.10.2014.
kemayan.
01.33pm.

* akhirnya setelah pening mencari bahan untuk assingment...
* akhirnya tersiap jugak oleh aku sajak spontan lagi selamba ini...
* akhirnya assingment aku pulak yang tak siap lagi ini...
* akhirnya aku...
* berapa banyak akhir daaa...
* dan akhirnya aku lagi rindu... (hahaha)... 



Jumaat, 17 Oktober 2014

kaki langit - 292.


























terpanar hati dek sinar mentari
yang meratah diri dalam rindu
tersenyumlah purnama sebagai saksi
kasih berpadu di puncak cemara
di atas nur rahmat Yang Maha Esa.

Kekasih
Engkau sirami aku dalam rimbun syahdu
tika saat aku buntu 
mencari jawapan pada persoalan
sekelumit cinta yang tertinggal
setelah aku terkapar resah rumah-Mu.

b.tan.
29.09.2014.
kemayan.
12.35pm.

* sajak bulan lalu(september)...
* terkenang Mu...

Rabu, 15 Oktober 2014

kaki langit - 291.


























sebelum alam terhenti
aku pun menangisi diri sendiri
tak sanggup melihat
jasad-jasad kaku tanpa pusara
di lembah sepi bermimpi ngeri.

sebelum alam terhenti
aku pun bertanya lagi
di manakah mereka menadah hati
setelah ikrar dimungkiri
ungkitan demi ungkitan
hanya memjerat diri
dan terkapar segala
menanti alam terhenti beraksi.

b.tan.
18-21.08.2014.
kemayan.

* satu lagi sajak yang aku catat semasa mesyuarat guru.
* dua kali mesyuarat baru siap...
* dan baru hari ini aku dapat muatkan ia di kaki langit...
* sekian...

Jumaat, 3 Oktober 2014

kaki langit - 290.



























seiras selaut kasihnya tumpah,
tiada apa lagi yang dapat diharap
hanyalah menadah memohon restu
 dari Mu Ilahi
agar sentosa damai sejahtera
hidup di laman saujana abadi.

b.tan.
14.08.2014.
kemayan.

* catatan lama yang aku buat 
  ketika mesyuarat exco kat bilik gerakan.
* jadi gambar pun yang lama jugak lah...

Rabu, 1 Oktober 2014

kaki langit - 289.



alam seakan berdendang
dan menyanyi lagu riang
tak kala purnama meleret kuntuman
pada mentari senja
dan berangkatlah pulang sang camar 
ke puncak rindu di hujung mimpinya
setelah puas mencari bayangnya 
yang tertinggal semusim lalu
dipanah gelora nestapa cinta.

b.tan.
01.10.2014.
kemayan.
08.22am.

* gambar tahun 2012 di kampung batu satu,
   temerloh di hadapan masjid ubudiah.


Rabu, 24 September 2014

kaki langit - 288.


























ada kelabu di mata ku
menatap jalan buntu
menuju yang satu
mencari hakiki.

b.tan.
24.09.2014.
kemayan.
12.52pm.

* buntak...
* lebih baik dari tiadakan...
* (senyum)...

Isnin, 22 September 2014

kaki langit - 287.



di jalanan aspal ini terbentang mata dunia
meninjau dan menikam belakang sukma
tertusuk belati berdarah lah hari
dan kelkatu terbang tinggi
mencari enggang yang enggan pulang
beradu di pelupuk mata bonda.

tersingkap sukma mengalir lirih
sebuah jasa di pasung keliru
kau yang kelam tak kunjung padam
aku yang bungkam di penghujung malam
melempar nestapa pada rindu pekaka
lahirlah cinta di hujung dunia
memintal hati di usus naluri.

b.tan.
22.09.2014.
kemayan.
12.41pm.


* agak lama aku tak berbisik di sini...
* akhirnya terbisik jua hari ini...
* hahaha...




Rabu, 20 Ogos 2014

kaki langit - 286.


melihat kehidupan 
seperti aku melihat diri sendiri
terasing dalam duka
mencari arah untuk bersemi
namun hanya di sini 
aku terhenti.

b.tan.
20.08.2014.
kemayan.
12.30pm.

* salam takziah buat sahabat ku...
* semoga rohnya dicucuri rahmat...
* al-fatihah...

Selasa, 19 Ogos 2014

kaki langit - 285.


di kaki langit ku lihat kehidupan
terkurung dalam danau kalbu
meronta jiwa meminta simpati
lemas dalam dakapan sepi.

di kaki langit ku lihat kehilangan
terdampar jasad di tepian hati
merintih kasih memanggil pungguk
namun pelangi telah lama pergi.

di kaki langit ku lihat kewujudan
sebuah kehidupan dalam kehilangan
mencari damai di lubuk hati 
ketemu nur-Mu di puncak rindu ku.

b.tan.
18.08.2014.
kemayan.
01.39pm.

Rabu, 13 Ogos 2014

kaki langit - 284.


























satu... 
hanya satu di kaki langit
satu yang menyatu dalam rindu
satu yang terukir di kalbu
satu yang basah di lembah kasih
dan satu yang padu dalam cinta pada yang Satu.

b.tan.
13.08.2014.
kemayan.
10.17am.

* gambar macam ini dulu pernah diterbitkan...
* tapi tak ingat dalam kaki langit yang ke berapa...
* cuma yang ini agak gelap sikit dia punya tona alam...

Isnin, 11 Ogos 2014

kaki langit - 283.


























dalam rerona biru di kaki langit
aku menatap lagi pada ombak 
yang datang dan pergi 
dan pantai yang terus sepi 
mengubah sebuah perjanjian
yang tercatat di dada pasir
lalu aku mencari
di mana titik noktah 
sebuah perpisahan.

b.tan.
11.08.2014.
kemayan.
01.34pm.










Isnin, 4 Ogos 2014

kaki langit - 282.



























telah lama ku tatap wajah itu
dalam kelam dalam terang 
mencari seribu jawapan 
di permatang landai ini
telah lama ku tatap wajah itu
tidak ku temui apa-apa 
yang ada hanya debu
sebuah kehidupan
dalam sebuah pencarian
menuju titik hayat.

b.tan.
04.08.2014.
kemayan.
12.37pm.

* syawal telah hadir setelah ramadhan berlalu...
* dan kau telah pergi setelah aku kembali...
* terima kasih...

Jumaat, 25 Julai 2014

kaki langit - 281.


























lalu kehadiran aku di tanah tandus ini
mengundang seribu persoalan
kenapa perlu lagi ke mari 
menyaksi pusara bisu
yang ku gali sendiri
dan aku kaku
terbaring
sepi.

b.tan.
25.07.2014.
kemayan.
10.55am.


* selamat menyambut idil fitri kepada semua...
* aku..aku yang masih di perjalanan hidup ini...
* hehehe... 







Isnin, 21 Julai 2014

kaki langit - 280.


























mengalirlah rindu di dada setiap aku
yanng tersandung nestapa di padang tandus
lalu cuba berlari dari hujung ke hujung
yang ku temui hanya sisa-sisa bayang 
yang tertinggal setelah malam hadir menjemput mu
ke peraduan di puncak askolana.

b.tan.
21.07.2014.
kemayan.
11.52am.


Jumaat, 18 Julai 2014

kaki langit - 279.


























di lembah ini
terkadang ku gersang kekeringan
meski terdampar di gigi air 
tidak dapat ku hirup manis madunya
bersama sedikit rasa kasih
setelah semalam angin berlalu
menyapa di tubuh kurus
namun sejujurnya
di lembah ini pernah tumpah 
selaut kasih segunung sayang
selangit rasa yang pernah bergelora
namun sejujurnya
aku tak bisa melupa dia.

aku setia hanya pada Mu...
oh... Tuhan ku.

b.tan.
18.07.2014.
kemayan.
11.51am.


Rabu, 16 Julai 2014

kaki langit - 278.



























usah digelita jiwa yang lara
seperti petaka yang bakal menimpa
bercucuran dari langit Ilahi
dan kau tak mampu menadah
segala yang tumpah
hanya aku yang ngerti
seperti aku pernah merasainya.

b.tan.
16.07.2014.
kemayan.
09.24am.

* ramadhan terus berlalu...
* hari demi hari...
* kaki langit masih di sini... 

Isnin, 14 Julai 2014

kaki langit - 277.


























saat mentari berangkat pergi
mengiringi pelangi yang menghilang seri
alam berkata pada hati
izin saja ia pergi
usah ditagih lagi janji
setianya tetap ada
cuma tergalang pada kata.

b.tan.
14.07.2014.
kemayan.
01.05pm.


* siapa aku untuk menghalang...
* semoga ketenangan itu milik mu...
* maaf ... andai ada bicara yang meluka...

Selasa, 8 Julai 2014

kaki langit - 276.


























salam dari perkebunan rindu
buat kekasih alam yang setia
ke peraduan sepi menghias diri
yang bakal menjelma di alam misteri
saat ku buka pintu nurani ku
menyambut hadirnya alunan nestapa
luahan dari sang gemala sakti
yang lumpuh hatinya tersandung cinta
rebah terkulai layu tak bermaya
terkapar di ranjang mawar berduri
aku sendiri setia menanti.

b.tan.
08.07.2014.
kemayan. 
12.28pm.

Jumaat, 4 Julai 2014

kaki langit - 275.



























dalam sujud tafakur  
di ribaan rindu pada Mu
aku terpandang pada 
sebuah citra yang berangkat pergi
meninggalkan hentian 
dan menyembunyi hati
dalam lipatan silam.

aku ingin cuba memanggilnya
namun suara tergantung di azali
tak mampu ku hitung segenap 
apa yang terjadi.

Tuhan...
perjalanan hidup ini
bukan lah satu pelarian 
tapi kesaksian yang nyata
setia pada Mu.


b.tan.
04.07.2014.
kemayan.
10.16am.

Rabu, 2 Julai 2014

kaki langit - 274.


























kembali ke ruang abadi yang bertakhta
mengumpul sisa-sisa memori
menatap sepi pada wajah
aku kedalunan 
antara kemahuan dan benci
tapi yang menjelma kini
masih lagi seribu persoalan 
dalam aku terlupakan Mu
disebalik tirai kaca berdebu.

Tuhan,
terlewatkah aku mengapai cinta-Mu...

b.tan.
02.07.2014.
kemayan.09.20am.

* ramadhan 4- kau bertapuk di maya persada...
* aku tidak akan aku...

Isnin, 30 Jun 2014

kaki langit - 273.



























seakan terhenti detik waktu
saat purnama melambai
dan berlagu pada mentari
merayu agar tidak pergi lagi
setelah cemburu menjelma di kalbu
dan gusar tak terbunuh perasaan rindu
cuma sekadar memerhati
pada hari yang bakal mendatang
apakah kelam atau suram
sedang ku ingin ia cerah
persis saat ku terima ia dulu.

b.tan.
24.06.2014.
kemayan.
1.24pm.

* aku dan ramadhan yang sedang selsema...
* semoga cepat keringnya...

Khamis, 26 Jun 2014

kaki langit - 272.



























mentari pagi bersinar
dan bakal membakar
segenap tubuh kaku
meluluh tulang temulang
mendebu segala janji
ketakpastian terukir
pada ramadhan yang hadir
bersama rahmah dan maghfirah
jua kebebasan dari kepanasan jahanam.

izinkan aku Tuhan...

b.tan.
26.06.2014.
kemayan.
12.46pm.


*selamat menyambut ramadhan kareem dari aku buat semua...
 *and who enter here... believe or not you are very special in my life...
*ehhh... terspeaking pulak dekat-dekat nak puasa ni...

Selasa, 10 Jun 2014

kaki langit - 271.


























berjalan menuju cahaya
adalah
berjalan menuju Tuhan
buat mencari keredhaan-Nya
sebagai bekal menuju Tuhan.

b.tan.
10.06.2014.
kemayan.
11.56am.


*maaf...buntak saja puisi aku ani...
*banyak yang alum aku study lagi...
*minggu depan kan exam...
*moga aku berjaya cam kitak...
*ini gambar tahun ani... masa hantar anak pi sekolah.

Isnin, 26 Mei 2014

kaki langit - 270.


























damainya ku rasa di sini
sedamai riak air di danau
sedamai rasa di kalbu ku
seolah sedamai
ku temui mu kembali di hentian itu.

damainya ku rasa di sini
melihat kau tersenyum di situ
dan melihat aku yang terpilu
setelah ku tahu derita mu.

damainya ku rasa di sini
sebuah kedamaian yang sukar di cari
disaat masa mengejar manusia.

damainya ku rasa di sini
seolah kau berada di sisi.

damainya ku rasa di sini.

b.tan.
23-26.05.2014.
kemayan.
12.48pm.


* memang aku rasa damai melihat gambar itu.
* pemandangan di sekitar kampung kuala dulang, kuala klawang.
* aku berhenti untuk melihat masjidnya yang bersejarah dan melepas lelah.
* tapi nun di tahun 2013 yang lalu.
* mungkin ini gambar yang terakhir rasanya untuk tahun 2013.
* terima kasih kerana kembali ke hentian itu bertemu aku...


Khamis, 22 Mei 2014

kaki langit - 269.


























melatalah mimpi kita di siang hari
setelah malam menamatkan resahnya
dan mentari bersinar mencari kasih
setelah rindunya tak kunjung padam.

b.tan.
22.02.2014.
kemayan.
11.05am.

* puisi buntak lagi...
* lapar.. belum makan..
* tak da mood nak makan..
* masih jua gambar lama... 

Rabu, 21 Mei 2014

kaki langit - 268.


























mengelamun di jendela hari
membawa hati menerawang di sebalik awan
bukan niat untuk mencari mu
tapi ia ketentuan Ilahi.

b.tan.
21.05.2014.
kemayan.
8.55am.

* buntak saja puisi aku hari ini...
* mungkin pasal perut aku lapar agaknya...
* tak pa sat lagi aku nak pi serang kantin...
* still foto tahun lalu punya...

Isnin, 19 Mei 2014

kaki langit - 267.



























i
sesungguhnya terlalu berat untuk ku lerai ikatan ini
ikatan yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun dulu
dan akhirnya tak ku lerai ia
biar saja ia tersimpul di lubuk hati
bersemadi di danau rindu.

ii
sesungguhnya terlalu berat untuk ku lerai ikatan ini
ikatan yang tersimpul rapuh setahun yang lalu
dan akhirnya kau memaksa aku meleraikan
dengan angkuh kau mencemuh
jasad aku yang sebegini.

iii
sesungguhnya terlalu berat untuk ku lerai ikatan ini
ikatan yang ku cipta sendiri
dalam naluri dalam mimpi
tanpa peduli apakan terjadi.

iv
sesungguhnya terlalu berat untuk ku lerai ikatan ini

v
sesungguhnya
terlalu 
berat
untuk
ku
lerai
ikatan 
ini

b.tan.
19.05.2014.
kemayan.
12.04pm.

* i- 'kau' di rangkap kedua tu bukan 'kita' ya... harap maklum.
*ii- insan lain...
*iii- maaf masih gambar tahun 2013.

Khamis, 15 Mei 2014

kaki langit - 266.


























saat hati dilanda sepi
terdampar di jalanan resah
tak terjangkau tangan untuk menahan
tak terhalang kaki melangkah pergi
hanya pandangan yang mengiringi
aku melepas lelah di sini.

b.tan.
15.05.2014.
kemayan.
12.52pm.

* namun aku masih seperti dulu jua...
* seperti yang kau kata...
* kita tetap sahabat dunia akhirat...
* jalan lenggeng-kuala klawang: 2013 yang lalu.

Rabu, 14 Mei 2014

kaki langit - 265.


























melakar mimpi membakar mentari
aku yang di sini masih di sini
mencari bayangan seribu erti
dalam kabus resah tak sudah.

setelah terpanah di rimba asmara
terlantar daku di halaman rindu
alam sepi diam membisu
tanpa rasa hangat membara.

bagaimana nak ku hurai
setiap saat yang bakal mendatang
mungkin kah aku terus mengintai
disebalik bayang wajah seorang.

jadi lah aku pengemis kasih
di setiap lorong menabur cinta
tak ku harap kau menjelma
telah ku pahat di sudut sukma.

bebaslah kau dari sangkar ku
yang berdebu penuh berliku
hela lah nafas segar mu
buat menghirup manisnya madu
sandarkan resah pada dia
setia menanti di pintu syurga.

b.tan.
14.05.2014.
kemayan.
02.00pm.

* segalanya memungkinkan...
* gambar lama lagi - jalan kuala klawang menuju lenggeng -2013.

Jumaat, 9 Mei 2014

kaki langit - 264.


di sini
hanya di sini
hanya aku sendiri
menadah hati
dipanah mentari.

di sini
hanya di sini
hanya aku sendiri
kurus kering
langsung tak teringin.

di sini
hanya di sini
hanya aku sendiri
memerhati dengan hati
melihat yang tersirat
disebalik yang tersurat.

di sini
hanya di sini
hanya aku sendiri
berdiri di kaki langit
tiada tempat 
untuk ku sembunyi diri.

di sini
 hanya di sini
hanya aku sendiri di sini.

b.tan.
09.05.2014.
kemayan.
10.29am.

* besok lagi sekali ke nilai.
* semoga selamat dalam perjalanan.
* orang lain... in sya Allah akan selamat juga hendakNya.
* Amin Ya Rabbal 'alamin. 
* gambar tahun 2013- berhenti dalam perjalanan nilai-kuala klawang yang lalu.


Selasa, 6 Mei 2014

kaki langit - 263.



bagaimana aku hendak memujuk hati
bagaimana harus aku dimengerti
bagaimana  aku harus berlari
bagaimana aku hendak berdiri
bagaimana aku yang seharusnya
bagaimana aku yang semestinya
bagaimana aku yang sewajarnya
bagaimana aku akan belajar
bagaimana aku tidak terkejar
bagaimana aku akan mengejar
bagaimana aku mahu mendengar
bagaimana aku akan sentiasa segar
bagaimana aku nak menggegar
bagaimana aku akan bergelar
bagaimana aku bagaimana
bagaimana dan bagaimana
lalu 
bagaimana akan bagaimana
dan
 bagaimana.

 bagaimana
dan
bagaimana.

bagaimana?

b.tan
06.05.2014
kemayan
12.15pm.

Isnin, 5 Mei 2014

kaki langit - 262.


























memendam emosi menutup berahi
kau mengayuh seumpama tiada lagi
aku yang terperi tidak berani memerhati
takut hanyut dalam bermimpi.

usahlah gusar engkau
aku tersedar sudah....

* sehingga ke baris ini, aku beberapa kali cuba menamatkannya... tapi tiada idea sehingga aku terpaksa menamatkannya begitu sahaja. tak kesah lah kan, bukan ada siapa pun yang nak marah. tapi aku belum menjawab satu persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat aku. tiba-tiba dia hilang entah ke mana di hentian itu. sekian, terima kasih. 
* aku tak boleh tulis panjang-panjang pasal ini bukan danau kalbu ku. kalau kat situ 1,000,000 patah perkataan pun tak pe. 








Isnin, 28 April 2014

kaki langit - 261.


























kehilangan sebuah nama
meski wajah terpampang megah
dan aku akur pada titah
bahawa kau telah meludah
apa lah ada pada aku
kurus kering langsung tak teringin
usahkan menjeling apa lagi berpaling
ke arah aku yang tersumbing
sudah lah aku yang lemah
tak sedar diri nak menambah
walau aku berniat indah
untuk anak masa depan yang cerah.

ahh...
aku yang tak sedar diri
rumah kata pergi 
kubur kata mari
maaf aku pohoni 
dari kamu yang bakal berhijrah.

b.tan.
28.04.2014.
12.10pm.
kemayan.

* maaf...sajak emosi di atas tiada kena mengena dengan sesiapa apa tah lagi kita...
* ia hanya curahan perasaan aku saja tika dan ketika ini... heheehhe...
* alhamdulillah kita dah sembuh dan ok... senang aku mendengarnya..
* pasal bl tu...aku pun tak tahu kena ia menyepi... 
* mungkin ia sibuk kot....hahahah... alasan yg lapuk tapi tak lekang dek panas.
* gambar di tepian jalanan lagi...waktu pagi balik dari usim menuju ke 
  muara tiang dulu ditahun 2013.






Khamis, 24 April 2014

kaki langit - 260.


warna alam pancarona
bahasa alam yang mempersona
di tepian jalanan kita terpana
menatap dunia seri indahnya.

melihat alam di kaki langit
seusai hujan membasahi bumi
sedang kita masih lagi berfikir 
mencari arah untuk bangkit.

sedarnya kita pada Pencipta
kuasa teragung milikNya jua
syukurlah kita pada kudrahNya
semua terpelihara dalam taklukNya.

b.tan.
22-24.04.2014.
kemayan.
1.31pm.

* alhamdulillah...syukur kita selamat.
* semoga kita terus berada dalam lindungan Tuhan hendakNya.
* orang yang beriman akan sentiasa diuji...usah gusar terus cekal dan tabah...
* gambar : di tepian jalan menuju ke kuala klawang dari lenggeng- 2013 yang lalu.

Isnin, 21 April 2014

kaki langit - 259.


























di dingin pagi ini
ku teruskan perjalanan ku
di setiap lorong dan sudut
buat menanti mentari 
memanah tubuh ku
ternyata indahnya kaki langit
bagaikan ada bidadari
yang sedang menanti ku di sana.

b.tan.
18-21.04.2014.
kemayan.
11.57am.

 * maaf atas puisi "menggoda" tempohari..
* aku tak tersengaja sebenarnya waktu itu..
* cuma aku sorang yang ngerti... hehehe...
* jalan lenggeng-mantin yang hening- 2013 nan lalu.

Jumaat, 11 April 2014

kaki langit - 258.

menatap mu

ku tatap wajah mu dalam syahdu
dalam dingin kamar intelek
bersama kita mencari formula
ke arah prestasi yang lebih terbuka.

ku tatap wajah mu dalam rindu
seakan hatimu hatiku bersatu
kita bercanda dalam bisu
hanya mata yang memburu nafsu.

ku tatap wajah mu dalam sendu
entah kenapa tiba-tiba rasa cemburu
ku tahu kau keliru
apakah maksud aku begitu
memerhati merenung mu
terkadang bernafsu 
meratah mu satu persatu.

b.tan.
10.04.2014.
kemayan.
2.47pm.

* gambar jalan lenggeng-mantin 2013.


Rabu, 9 April 2014

kaki langit - 257.


























izinkan aku terus menatap potret wajah mu
buat melepas rindu yang ku pendam
dan izinkan aku terus merenung mu dari kejauhan ini
buat menyatakan aku masih lagi seperti dulu
mengenang kisah silam dan akhirnya ku sedari
aku hanyalah serangga di taman larangan.

b.tan.
09.04.2014.
kemayan.
11.38am.

* gambar usim 2013.

Isnin, 7 April 2014

kaki langit - 256.



























ku memerhati di laman ini
pada mentari lagi
ku berjanji pada hati
untuk terus memerhati
seumpama aku 
terus mengumpul segenap tenaga
buat menongkah arus hidup
tapi mampu kah aku?

b.tan.
07.04.2014.
kemayan.
11.51am.

* aku dan aku lagi...
* gambar usim 2013 yang lalu. 

Jumaat, 4 April 2014

kaki langit - 255.


























damai...
ku harap hati mu sedamai pelangi
yang bertakhta di awan biru
tak kala senja kian melambai 
pada mentari minta dipimpin ke peraduan
dan bertimpuh di sudut malam
meratib pada bulan
seperi aku yang sedang meratib
pada masa yang terlalu cepat berlalu
tidak sedar besok yang menanti.

damai..
sedamai pelabuhan hati yang sepi
setelah dua jiwa berpaling
dan pergi membawa hati sendiri
menanti entah bila
kan kembali bersatu lagi.

damai...
ku nanti mu di hentian ini. 

b.tan.
4.4.2014.
kemayan.
11.22am

* besok aku pun nak pergi lah...
* alaa....pergi usim je ....
* tapi kerja/assingment belum siap...
* bahan untuk present pun masih berterabur lagi...
* harap segalanya akan beres sebelum besok...
* tapi lepas sekolah ini nak pergi jemput budak latihan bolajaring kat temerloh...
* solat jumaat kat masjid pangsenam lagi lah jawabnya...
* oleh kerana besok nak pi usim... 
* gambar kali ini usim jugak lah...2013 yang lalu.

Rabu, 2 April 2014

kaki langit - 254.

masih lagi aku duduk menatap di senja ini
memerhati di kaki langit dan mencari pelangi
di celah puing-puing rindu yang bergema
menusuk di segenap ruang pawana
lalu melenakan aku terus hanyut
dalam syahdu lagu cinta lama.

b.tan.
02.04.2014.
kemayan.
12.20pm.


* semalam tu lagu lama...
* memang sedap sangat...
* lebih sedap dari segala pizza yang ada di alam buana ini...
* gambar baru... persekitaran usim...tapi tahun lepas punya...
* bulan 10 2013 yang lalu.





kaki langit -253.


























 Disini Pasti - Utopia 

Terbangkitlah mentari
Purnama kesiangan hari
Aku masih di sini
Meratap cinta yang abadi

Ku terkenangkan cinta yang silam
Yang terbina dari dua jiwa
Suci tak ternoda
Walaupun kucuba melupakan
Ku tak berdaya


Mengapa oh kekasih dirimu
Yang terpilih
Menyambut lambaiannya
Waktu ku tiada berteman

Mungkinkah kau dan aku
bisa kan bertemu bercinta
Bagai dulu kekal untuk selama-lamanya

Sesungguhnya hanya
Dia yang mengerti