Isnin, 29 Oktober 2012

kaki langit - 180.



tercalar ilusi
matilah mimpi
dalam misteri
tercari-cari
sekeping hati
yang tersembunyi
setiap sudut dan segi
aku menanti
di laman hari 
di bawah mentari
terbakar diri
aku sudi.


b.tan.
29.10.2012.
seri buntar.
12.45am.



* sungai pahang di kg. guai.
* 28.10.2012 - 04.07pm.

Selasa, 23 Oktober 2012

kaki langit - 179.







pantulan cahaya di permukaan air
umpama pantulan rasa yang bergetar
lalu terbitlah rindu.
tapi....
aku malu kerna aku pernah berlalu
dan ia tertunggu-tunggu...
maafkan aku
kerna kekapihan aku.

b.tan.
23.10.2012.
kemayan.
12.20pm.



* taman awam bera...07.10.2012- 6.07pm.

kaki langit - 178.



sesekali rindu itu datang jua bertamu
mengamit aku di perjalanan
setelah semusim berlalu pergi
hanya ingatan yang kekal abadi.

sesekali rindu itu datang jua bertamu
menemani aku tak kala keseorangan
sedang kembara memburu cita
meski terbakar rasa bergelora.


b.tan.
23.10.2012.
seri buntar.
12.25am.




* pulang dari usim,nilai pada 20.12.2012 - 6.50 ptg.

Rabu, 3 Oktober 2012

kaki langit - 177.



di balik sana ada sinar kecerahan
buat harapan sekalian insan
semoga berkekalan seharian
berpanjangan untuk hari kemudian.

b.tan.
03.10.2012.
kemayan.
1.45pm.



* puisi kontot untuk gambar yang besar.
* dan selepas ini... jika sesuai gambar akan dibesarkan.


Selasa, 2 Oktober 2012

kaki langit - 176.



secebis rindu yang gugur semusim lalu
menghantar aku ke perjalanan sepi
buat mencari penawar luka seribu sendu
yang ku temui cuma
hanyalah jejak-jejak kedamaian
di sudut kaki langit
buat penghapus rindu yang terbuku.


b.tan.
02.10.2012.
kemayan.
11.58am.


kaki langit - 175.



di persimpangan jalanan
ada aku yang tertewas
dalam kewarasan mencari arah
akhirnya kedamaian jua yang jelma
dan mengamit rasa syahdu aku
terhadap mu.


b.tan.
02.10.2012.
kemayan.
11.44am.